Zon Selatan kemukakan 10 usul

KUCHING: Sebanyak 26 Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Selatan mengemukakan 10 usul pada mesyuarat perwakilan tersebut di Pusat Konvensyen Bornoe Kuching (BCCK), di sini, hari ini.

Usul-usul bahagian dibentang Naib Yang di-Pertua Parti merangkap Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato’ Sri Roland Sagah.

Usul-usul tersebut ialah:

  1. Mengusulkan supaya jawatan Yang Dipertua PBB, Timbalan-Timbalan Yang Dipertua dan Naib-Naib Yang Dipertua Kanan tidak dipertandingkan.
  2. Menyokong dan memberi kuasa penuh kepada YAB Premier untuk menuntut hak-hak Sarawak yang seperti termaktub dalam Malaysia Agreement 1963
    (MA63).
  3. Menyokong usaha YAB Premier dan Kerajaan Sarawak untuk menambah jumlah kerusi Parlimen bagi Sarawak untuk mencapai perwakilan satu-pertiga
    di Dewan Rakyat.
  4. Menyokong penuh dasar dan strategi pembangunan YAB Premier dan Kerajaan Sarawak untuk keterangkuman ekonomi serta mempupuk keharmonian, keseimbangan dan perpaduan rakyat.
  5. Menyokong penuh kepimpinan YAB Premier untuk memastikan Sarawak menjadi wilayah yang termaju dalam Malaysia serta di rantau Asia.
  6. Memperkukuhkan aktiviti ekonomi dan menggalakkan keusahawanan dalam dan luar bandar melalui program pembangunan usahawan.
  7. Menggesa Kerajaan Sarawak untuk tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba membangkitkan isu berkaitan dengan kaum dan agama di Sarawak untuk memastikan perpaduan dan kemakmuran semua.
  8. Memperbanyakkan program penerangan, latihan dan pendidikan supaya rakyat boleh mengambil bahagian dalam kegiatan ekonomi digital dan ekonomi baharu.
  9. Menyokong usaha Kerajaan Sarawak dalam aspek pendidikan melalui pembiayaan dan bantuan serta merealisasikan dasar pendidikan percuma di universiti-universiti milik Sarawak mulai tahun 2026.
  10. Melebarluaskan dan memperbanyakkan lagi Skim Pembesaran Kampung di kawasan-kawasan Zon Selatan bagi menampung pertambahan penduduk.

Usul itu kemudian diserah Roland Sagah kepada Abang Johari.