1,742 penerima bantuan bulanan JKM di Saratok

SARATOK: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membelanjakan sebanyak RM2.324 juta bagi memberi bantuan bulanan di daerah ini sehingga Mac tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, jumlah keseluruhan penerima bantuan itu bagi Saratok adalah seramai 1,742 orang.

“Saya percaya bantuan (bulanan) dalam mensejahterakan golongan sasar terutamanya dari segi kewangan dan bantuan lain merupakan amalan mulia,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Sejambak Kasih Aidlifitri 2025 JKM Bahagian Betong di Dewan Pejabat Daerah Saratok, di sini. semalam.

Turut hadir ialah ADUN Krian, Fridy Belik, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Datu Felicia Tan Ya Hua, wakil Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Nurin Chunggat dan Pegawai Daerah Saratok Mohamad Dino Amit.