KAPIT: Bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kapit yang baharu bakal dibina membabitkan kos kira-kira RM150 juta. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, IPD baharu itu dicadang akan dibina kira-kira 4 kilometer (km) dari IPD yang sedia ada. “Kementerian Dalam Negeri (KDN) sudah membawa permohonan kepada kerajaan negeri dan berharap beberapa urusan […]
15 Raja Sungai Sarawak rebut gelaran Battle Of Titan
LINGGA: Sebanyak15 pasukan lumba perahu bergelar ‘Raja Sungai’ di sekitar Sarawak tahun ini menyertai Regata Lingga 2023. Pasukan tersebut ialah Puteri Dang Balai (Raja Sungai Regata Sarawak), Barracuda Pusa (Raja Sungai Tandang Sari), MDG Gedong (Raja Sungai Regata Gedong), Burung Garuda (Raja Sungai Pesta Benak), Todak Berjaya (Raja Sungai Regata Kalaka), Bujang Sigat (Raja Sungai […]
Pertahan perpaduan rakyat berbilang kaum
KAPIT: Perpaduan masyarakat berbilang kaum dan agama di Sarawak harus dipertahankan demi kesejahteraan rakyat, menurut Menteri Kerja Raya Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi. Katanya, tanpa kesefahaman yang kukuh akan menghalang tumpuan dan usaha memajukan taraf ekonomi rakyat dan pembangunan infrastruktur di negeri ini. “Sikap toleransi rakyat dari pelbagai latarbelakang kaum dan agama di negeri ini […]
Kerajaan Sarawak sumbang dana RM300,000 kepada SABATI
KUCHING: Kerajaan Sarawak bersetuju menyumbang dana sebanyak RM300,000 kepada Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-isteri (SABATI). Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, sumbangan itu boleh membantu badan amal tersebut bagi memastikan kerja amal yang dirancang diteruskan. “Kita yakin ia dapat digunakan sebaik mungkin untuk menghulur bantuan kepada golongan yang kurang bernasib […]
Kuching Car Free
Datuk Bandar Kuching Utara, Hilmy Othman bersama-sama warga bandar raya Kuching menyertai perarakan pagi tanpa kereta (Kuching Car Free) edisi perayaan Deepavali di Padang Merdeka, Kuching. Aktiviti lain ialah Digital Info Hunt dan senamrobik.
Sarawak peruntuk RM124 juta anjur SUKMA 2024
KUCHING: Sarawak memperuntukkan sebanyak RM124 juta bagi menaik taraf fasiliti sukan sebagai persiapan menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-21 pada 2024. Ketika ini, persiapan untuk menganjurkan temasya dwitahunan dijadual berlangsung mulai 17 hingga 24 Ogos 2024 sedang berjalan lancar, menurut Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED), Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. […]
33 penerima DUN Kabong nikmati kemudahan PPRMS
KABONG: Seramai 33 penerima menikmati Projek Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir berkata, sejumlah RM500,000 diperuntukkan kepada kontraktor bagi melaksanakan inisiatif bantuan baik pulih rumah itu. “Ini adalah Projek Rakyat yang diluluskan Kerajaan Sarawak,” katanya ketika diminta mengulas mengenai perkara itu. […]
Dedahkan ilmu keselamatan kebakaran di sekolah
SARATOK: Kanak-kanak perlu didedahkan dengan ilmu keselamatan kebakaran sejak di bangku sekolah lagi. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, ini memandangkan kanak-kanak adalah golongan paling berisiko sewaktu berhadapan kejadian seumpama itu. “Ini menjadi objektif utama program hari ini dengan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat Saratok,” katanya ketika merasmikan Program Kesedaran keselamatan Kebakaran […]
2,579 guru kafa bakal nikmati elaun tambahan tahun depan
LIMBANG: Kerajaan Sarawak bersetuju memperuntukkan sejumlah RM9.2 juta elaun tambahan kepada guru kelas agama dan fardu ain (KAFA) di negeri ini tahun depan. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, seramai 2,579 guru kafa bakal menikmati elaun berkenaan di negeri ini. “Ini bermaksud setiap guru KAFA akan menerima elaun tambahan sebanyak RM300 sebulan […]
Kementerian mohon kebenaran ubah terminologi orang kurang upaya – Nancy
KUCHING: Kerajaan Persekutuan berhasrat menukarkan terminologi Orang Kurang Upaya (OKU) kepada Orang Kelainan Upaya. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Nancy Shukri berkata, kementeriannya akan mendapatkan kebenaran daripada organisasi antarabangsa untuk menukarkan terminologi tersebut. “Tidak dinafikan ada dalam kalangan golongan ini sebenarnya bukan kurang upaya, tetapi kelainan upaya dengan memiliki kebijaksanaan masing-masing. “Banyak permohonan […]
