Year: 2023

Sarawak kaji lupus sampah plastik guna teknik pirolisis

KUCHING: Kajian mengenai cara pelupusan sampah plastik menggunakan teknik pirolisis sedang dijalankan oleh Trienekens (Sarawak) Sdn Bhd. Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Dr Hazland Abang Hipni berkata, usaha menangani masalah itu akan diusahakan dengan kerjasama syarikat dari Singapura. “Sampah plastik-plastik akan dihantar ke Singapura dan diuruskan oleh syarikat di negara itu. “Insya-Allah […]

Jambatan Jepak siap Oktober 2024

BINTULU: Jambatan Bintulu-Jepak yang kini mencapai kemajuan kira-kira 66.7 peratus mendahului jadual dijangka dapat disiapkan pada Oktober tahun depan. Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Ir Aidel Lariwoo berkata, komponen jambatan akan melibatkan lampu hiasan seragam dan lif menegak pada bahagian jambatan sebelah Bintulu. “Selain Jambatan Bintulu-Jepak, Pusat Pentadbiran Bersepadu (IAC) Bintulu yang bakal […]

Pengambilalihan MASwings dijangka dapat diselesai tahun depan

KUCHING: Sarawak dijangka dapat menyelesaikan proses pengambilalihan syarikat penerbangan MASwings selepas suku kedua atau ketiga tahun depan. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ketika ini proses pengambilalihan sedang dilaksanakan Kerajaan Sarawak. “Saya jangka (proses pengambil alihan selesai) suku kedua atau suku ketiga, tahun depan,” katanya. Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian […]

Ucapan Krismas pada kek tidak harus dijadi isu, ganggu gugat keharmonian kaum

KUCHING: Setiausaha Politik Premier Sarawak, Fazzrudin Abdul Rahman menyifatkan isu larangan ucapan Krismas pada kek tidak seharusnya timbul susulan ia boleh mencetuskan perbalahan dalam kalangan rakyat. Menyokong pendirian Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berhubung isu itu, Fazzrudin turut menempelak pihak yang melarang ucapan Krismas pada kek dan mengingatkan bahawa isu […]

Selangau berpotensi sebagai pusat pengeluaran kopi

SELANGAU: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan akan menjemput pakar pertanian bagi mengkaji kesesuaian DNA kopi dengan keadaan cuaca di negeri ini. Beliau berkata, salah satu daripada kawasan kemungkinan sesuai untuk dibangunkan ladang kopi di negeri ini ialah Selangau. Selangau yang memiliki kawasan tanah luas dan subur boleh menjadi pusat […]

Pendidikan percuma semua universiti milik Kerajaan Sarawak mulai 2026

SIBU: Kerajaan Sarawak komited memberikan pendidikan percuma di semua universiti dan institusi pengajian tinggi (IPT) miliknya mulai 2026. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini bagi membantu ibu bapa dan pelajar yang kurang bernasib baik. “Komitmen ini dibuktikan menerusi inisiatif pendidikan percuma kepada lebih dari 25,000 pelajar di semua universiti […]

Bengkel Asas Kayak 2023

Sekitar hari pertama Bengkel Asas Kayak 2023 Peringkat Sri Aman Anjuran Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) dengan kerjasama Persatuan Kenu Sarawak diadakan di kawasan sungai Kampung Hulu Sri Aman. Selesai sesi teori, program diteruskan dengan sesi praktikal di Sungai bagi memberi peluang kepada peserta merasai sendiri berkayak di sungai. Hadir sama menyaksikan aktiviti hari ini ialah […]

Waspada penularan semula Covid-19

KUCHING: Rakyat di negeri dinasihat berwaspada dengan penularan semula wabak Covid-19 lebih-lebih lagi menjelang sambutan Hari Krismas nanti. Gesaan itu dinyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok Dato Ibrahim Baki sambil menyarankan kepada orang ramai untuk menggunakan semula pelitup muka terutama di tempat sesak demi keselamatan sendiri. “Kita harus sentiasa berjaga-jaga kerana kita tidak tahu […]

Kebajikan kumpulan sasar diutama sempena musim perayaan

KUCHING: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengajak semua pihak membantu meningkatkan kesejahteraan dan kemakmuran rakyat. Menterinya, Dato Sri Nancy Shukri berkata, bantuan itu boleh dihulurkan khusus kepada pesakit kanser yang memerlukan sokongan kuat dari segi moral dan psikologi serta emosi dalam membantu mereka menjalani kehidupan harian. Tanggungjawab sosial korporat […]

Detik kejayaan Graduan UiTM Cawangan Sarawak

Seramai 309 graduan menerima ijazah sarjana muda dan diploma pada sidang keempat Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) Ke-98 Cawangan Sarawak di Dewan Jubli, UiTM Sarawak Kampus Samarahan, hari ini. Daripada jumlah itu, 51 graduan menerima ijazah sarjana muda manakala 258 (Diploma) dalam pelbagai fakulti. Graduan ini antara yang mengikuti kelas dalam talian susulan pandemik […]