KUCHING: Kejayaan powerlifter Sarawak, Bonnie Bunyau Gustin di Sukan Paralimpik Paris 2024 menjadi motivasi bagi atlet Sarawak yang akan bertanding di Para Sukan Malaysia (SUKMA). Menteri Wanita, Awal Kanak-Kanak dan Pembangunan Kesejahteraan Masyarakat, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, Bonnie berjaya mengangkat 232 kilogram (kg) untuk mencipta Rekod Dunia baharu di Sukan Paralimpik Paris 2024. “Pencapaian […]
Para SUKMA: 150 kenderaan diguna
KUCHING: Sebanyak 150 kenderaan akan digunakan sebagai pengangkutan temasya Para SUKMA XXI Sarawak 2024 di sini, mulai 22 hingga 28 September ini. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ini bagi memudahkan pergerakan sebanyak 15 kontinjen menyertai temasya itu yang melibatkan seramai 2,225 orang termasuk 1,290 atlet. “Pengangkutan melibatkan 10 […]
Pesta Tatau 2024 bakal tarik 80,000 pengunjung
TATAU: Pesta Tatau 2024 dijangka menarik seramai 80,000 pengunjung sepanjang berlangsung hingga 15 September ini. Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk Sri John Sikie Tayai berkata, lebih daripada 30 acara menarik pesta itu termasuk Regata Pesta Tatau 2024. “Reggata Pesta Tatau 2024 mencatatkan 97 penyertaan dengan 100 bot kuasa yang bertanding, meningkat sebanyak 33 peratus […]
Pautan Digital Hospital tingkat kecekapan perkhidmatan kesihatan Sarawak
KUCHING: Rekod perubatan pesakit dari mana-mana hospital akan dapat diakses secara terus oleh hospital-hospital lain di Sarawak melalui Pautan Digital Hospital. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, perkhidmatan yang akan ditingkatkan lagi keupayaannya membabitkan kos RM10 juta membolehkan semua hospital dalam negeri ini saling berhubung melalui satu aplikasi digital. “Ini […]
Tingkatkan program, bantuan kepada usahawan Sarawak
KUALA LUMPUR: Agensi Kerajaan Persekutuan disaran meningkatkan program dan bantuan kepada usahawan di Sarawak. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ini supaya mereka dapat meningkatkan pengetahuan serta kemahiran untuk mengembangkan perniagaan. Beliau juga menekankan pentingnya koordinasi yang efektif di antara agensi kerajaan dan persatuan serta dewan perniagaan. “Ini bagi memastikan liputan […]
Pameran Raja Kita berlangsung di Summer Mall sehingga 8 September
SAMARAHAN: Pameran Raja Kita sempena sambutan perayaan Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17 dirasmikan di pusat beli belah Summer Mall, di sini, hari ini. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, orang ramai dipelawamenyaksikan pameran yang memaparkan maklumat, latar belakang dan peralatan berkaitan Institusi Raja dan Seri Paduka Baginda […]
JKKSK Sarawak selesaikan 946 permohonan, percepat proses kewarganegaraan
KUCHING: Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan (JKKSK) Sarawak berjaya menyelesaikan 946 permohonan Perkara 15A yang tertangguh selain mempercepatkan proses berkaitan kewarganegaraan di negeri ini. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, penubuhan JKKSK yang dipengerusikan bersama oleh Menteri Dalam Negeri menghasilkan kesan positif. Katanya, dalam mesyuarat 17 Ogos lalu, sebanyak 306 […]
Kampung Haji Ismail terpilih ke Anugerah Aspirasi Desa Madani
BINTULU: Kampung Haji Ismail di Kuala Tatau terpilih mewakili Bahagian Bintulu dalam Anugerah Aspirasi Desa Madani (ADM). Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee berkata, pencapaian ini adalah hasil kerja keras semua pihak yang memastikan kampung ini terus maju dan sejahtera. “Saya berterima kasih kepada Ketua Kampung, Jus@Musa dan semua Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan […]
Rumah Emi Mesa dapat lampu solar, jalan berturap
BINTULU: Projek pemasangan empat lampu solar dan pembinaan jalan berturap sepanjang 1.5 kilometer (km) di Rumah Emi Mesa di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, di sini, dijangka siap tahun ini. Pembantu Peribadi kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Shahrezy Sulaiman berkata projek ini melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM200,000 di bawah Program Transformasi Luar Bandar […]
BDDA mahu belajar dari Thailand majukan sektor pertanian
BANGKOK: Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) mahu belajar dari Thailand berhubung sudut kepakaran untuk memajukan sektor pertanian di negeri ini. Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, Thailand terkenal dengan industri makanannya yang sangat maju, bermula daripada bahan penanaman sehingga rangkaian pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran. Malah katanya, Thailand juga mempunyai keseluruhan rantaian bekalan […]
