KUCHING: Bangunan baharu Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) di sini kini dinamakan ‘Wisma Lestari’. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan nama bangunan baharu itu sempena misi Kerajaan Sarawak untuk membangunkan bandar lestari. “Kita hendak membangunkan bandar yang lestari, bermaksud hutan simpan di bandar harus diuruskan dengan baik,” katanya. Beliau berkata demikian […]
Projek Pemulihan Koridor Sungai Seblak perlu dilaksana segera
KUCHING: Agensi berkaitan diminta mempercepatkan pelaksanaan Projek Pemulihan Koridor Sungai Seblak di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong. Dato Mohd Chee Kadir (GPS-Kabong) berkata, projek tersebut perlu disegerakan bagi mengelakkan koridor sungai itu runtuh. Bagaimanapun, beliau dimaklumkan projek itu masih lagi dalam peringkat reka bentuk walaupun pihak konsultan projek telah dilantik pada 2022, katanya. “Projek yang […]
Perkenalkan semula subjek sains tulen
KUCHING: Subjek sains tulen dimohon agar diperkenal semula di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nanga Medamit di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Danau. Dato Paulus Palu Gumbang (GPS-Batu Danau) berkata, beliau difahamkan sejak 2016 pembelajaran subjek sains tulen seperti biologi, fizik, kimia dan matematik tambahan telah diberhentikan di sekolah itu. Katanya, SMK Nanga Medamit satu-satunya sekolah menengah […]
Tuntutan Kerajaan Sarawak terhadap sumber minyak, gas berasas
KUCHING: Tuntutan Kerajaan Sarawak terhadap sumber minyak dan gas di dasar laut serta tanah bawah pelantar benua berasas, sejajar dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Dato Ibrahim Baki. Katanya, Sarawak menjunjung tinggi hak-hak yang diperuntukkan di bawah undang-undang negara dan negeri, termasuk hak untuk mengeluarkan lesen penerokaan, pajakan perlombongan serta […]
Pelan pembangunan Pekan Daerah Kecil Sungai Asap dilulus
KUCHING: Kerajaan Sarawak melalui Jabatan Tanah dan Survei (JTS) merangka pelan pembangunan bagi Pekan Daerah Kecil Sungai Asap di Kapit. Menurut Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh, pelan ini diluluskan oleh Majlis Perancangan Negeri (SPA) 31 Oktober 2024. Katanya, pelan ini dijadikan rujukan untuk perancangan pembangunan masa depan […]
Segerakan projek tangki air aras tinggi baharu Kampung Hijrah – Awla
KUCHING: Projek pembinaan tangki air aras tinggi baharu yang bakal dibina di Kampung Hijrah, di sini perlu disiapkan segera, kata ADUN Simunjan, Awla Dris. Beliau berkata, ia bagi memastikan penduduk di sekitar kawasan menikmati akses air bersih dan terawat. ‘’Projek ini perlu dipercepatkan agar keperluan asas penduduk dapat dipenuhi segera. Keperluan untuk memastikan bekalan air yang […]
Enam rumah panjang nikmati bekalan air paip
KUCHING: Hasil kerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Pusat Belia Antarabangsa KL dan Kumpulan Belia Persatuan Kemanusian Malaysia (Myhumanterian) berjaya melaksanakan projek bekalan air ke enam rumah panjang dan sebuah sekolah rendah di Telang Usan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dennis Ngau berkata, program secara gotong royong bersama pertubuhan terbabit dilaksana sejak […]
Agrobank serah zakat perniagaan kepada TBS
KUCHING: Agrobank menyerahkan zakat perniagaan bagi tahun 2023 yang berjumlah RM233,045.09 kepada Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) di bawah selian Majlis Islam Sarawak (MIS). Majlis penyerahan disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Dato’ Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin kepada Yang Dipertua MIS, Datu Misnu Taha dan disaksikan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di […]
Pertimbangkan cadangan bina jalan alternatif, benteng tangani hakisan dua tempat
KUCHING: Kerajaan Sarawak digesa mempertimbangkan dua cadangan bagi menangani masalah hakisan akibat arus deras Sungai Batang Lupar dan Pantai Tanjung Riong Maludam. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, jalan utama dari Kampung Agropolitan Seduku ke Pekan Lingga sepanjang 31.3 kilometer (km) semakin berbahaya kerana dikhuatiri jalan tersebut semakin terhakis akibat […]
Mendapan Jalan Batang Sadong-Simunjan akan dibaiki, dipasang tanda amaran
KUCHING: Jalan Batang Sadong-Simunjan yang mengalami mendapan dan boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya akan dibaiki pada tahun depan. Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Ir Aidel Lariwoo berkata, lokasi mendapan berlaku di 1.5kilometer (km) dari Jambatan Batang Sadong menuju ke Simunjan. “Kerja-kerja pembaikan dijangka dilaksanakan pada suku kedua tahun depan,” katanya. Beliau […]
