KUCHING: Sarawak mempunyai sebanyak 2,718 tadika dan 242 taska berdaftar sehingga 31 Oktober 2024. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ini membabitkan jumlah seramai 73,302 kanak-kanak berumur enam tahun dan ke bawah di tadika dan taska itu. Katanya, berdasarkan statistik Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) pula, peratusan kanak-kanak […]
Sarawak rancang wujudkan penerbangan terus dari Kuching ke Phnom Penh
KEMBOJA: Kerajaan Sarawak merancang untuk mewujudkan laluan penerbangan terus dari Kuching ke Phnom Penh, Kemboja. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini akan dilaksanakan setelah Kerajaan Sarawak mempunyai syarikat penerbangan sendiri nanti. “Apabila kita mengambil alih syarikat penerbangan kita berusaha untuk merapatkan lagi hubungan dengan negara Kemboja. “Mereka mempunyai banyak […]
RISEAP berperanan tawar perkhidmatan kepada negara minoriti Islam Asia Tenggara, Pasifik
KEMBOJA: Majlis Dakwah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) memainkan peranan penting dalam memberikan perkhidmatan kepada negara-negara minoriti Islam Asia Tenggara dan rantau Pasifik. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, adalah penting untuk RISEAP dan ahlinya memahami situasi sekeliling dan membina ikatan padu antara umat Islam dan agama lain. […]
Ubah cara pengajaran mengikut peredaran zaman
SARIKEI: Warga pendidik perlu memahami penggunaan teknologi terkini yang dapat mengubah cara penyampaian pengajaran mereka. Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang, Datuk Len Talif Salleh berkata, ini kerana cara penyampaian pengajaran melibatkan papan putih dengan menyalin nota dan sesi kuliah atau kelas yang […]
Premier Sarawak hadiri Majlis Makan Malam RISEAP
KEMBOJA: Delegasi Kerajaan Sarawak diketuai Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir pada Majlis Makan Malam sempena Perhimpunan Agung Majlis Dakwah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) Ke-20 di Kemboja, malam tadi. Majlis yang diadakan di Sokha Phnom Penh Hotel & Residence itu dihadiri delegasi dari negara-negara anggota RISEAP. Antara […]
Sarawak berjaya tarik pelaburan awal RM10.43 bilion, wujudkan 5,400 peluang kerja
KUCHING: Sarawak berjaya menarik pelaburan awal diluluskan berjumlah RM10.43 bilion merangkumi 212 projek sekali gus mewujudkan 5,400 peluang pekerjaan baharu setakat suku ketika tahun ini. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, sektor pengilangan kekal sebagai penyumbang terbesar pelaburan terbabit berjumlah RM5.81 bilion. Industri utama itu termasuk kimia, elektrikal dan elektronik dan […]
Ibu bapa mesti kawal anak guna gadget
ROBAN: Ibu bapa perlu mengawal anak-anak mereka yang menggunakan pelbagai gadget ketika di rumah. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata ini kerana masalah akan timbul sekiranya penggunaan teknologi terbabit tidak dikawal. “Ketika ini masa anak-anak kita 60 peratus dihabiskan di rumah dengan gajet yang ada,” katanya. Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan […]
China minat melabur projek tenaga di Sarawak
SHANGHAI: Kumpulan Pelaburan Tenaga China iaitu sebuah syarikat milih negeri itu akan melabur dalam projek tenaga diperbaharui di Sarawak. Hasrat untuk menanam modal itu disuarakan oleh Pengerusinya kepada rombongan Sarawak yang diketuai Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan ketika melawat Shanghai semalam. Syarikat terbabit berminat untuk melabur dalam projek solar terapung di […]
Perkukuh semangat Segulai Sejalai
KAPIT: Masyarakat berbilang kaum di negeri ini harus menerapkan semangat ‘Segulai Sejalai’ yang utuh jika mahu mengecapi kemajuan dan kemakmuran berterusan, kata Timbalan Premier Sarawak. Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan berkata, kemajuan dan kemakmuran yang rakyat kecapi selama ini adalah atas semangat ‘Segulai Sejalai’ yang diamalkan oleh masyarakat […]
Abang Johari tiba di Kemboja, hadiri Perhimpunan Agung RISEAP
KEMBOJA: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg selamat tiba di Kemboja hari ini bagi menghadiri Majlis Perhimpunan Agung Majlis Dakwah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) Ke- 20 yang bakal berlangsung esok. Delegasi beliau disertai Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Menteri Ekonomi, Dato […]
