Month: July 2025

146 terima Darjah Kebesaran Negeri Sarawak

KUCHING: Seramai 146 individu dikurniakan Darjah Kebesaran Negeri Sarawak oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dalam Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri yang berlangsung di Dewan Besar, Astana Negeri Sarawak hari ini. Majlis istiadat dimulakan dengan penganugerahan Pingat Pentadbiran Awam – Pingat Perkhidmatan Cemerlang (P.P.C.) kepada tujuh penerima, […]

Wartawan kekal relevan lapor isu adil, mendalam

KUCHING: Peranan wartawan akan kekal relevan dan tetap diperlukan walaupun dunia kini dicabar dengan kemajuan teknologi yang pesat. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol berkata, teknologi seperti ChatGPT dan kecerdasan buatan lain hebat dalam mengolah data dan menghasilkan teks dengan pantas, namun teknologi ini tidak mampu […]

Wartawan rakan strategik, bentuk pemahaman masyarakat

KUCHING: Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Fadillah Yusof mengumumkan sumbangan berjumlah RM110,000 kepada enam kelab kebajikan wartawan di negeri ini. Kelab berkenaan ialah Kelab Kebajikan Kakitangan UKAS dan Kelab Belia Azam Bandar Kuching masing-masing menerima RM25,000 manakala Persatuan Wartawan Kuching (KDJA), Persatuan Wartawan Wilayah Sarawak, Persatuan Wartawan Sibu (SJA), Institut Wartawan Rejang (IRJ) masing-masing menerima […]

19 pemilik tanah terlibat projek bina jalan akses SK Nanga Ajau terima pampasan

BETONG: Sebanyak RM341,722.80 diperuntukkan untuk membayar pampasan kepada 19 pemilik tanah yang terlibat dalam projek pembinaan jalan akses dari Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Ajau, Rumah Gensurai hingga ke Rumah Panjang Skatap, Betong. Timbalan Menteri Belia Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Gerald Rentap Jabu berkata, tanah yang terlibat adalah tanah berhakmilik (13 lot), tanah Gunasama Komunal […]

Sambutan Kongsi Gawai Raya SK Hijrah Badong wajar diteruskan – Ahmad Johnie

DARO: Penganjuran Sambutan Kongsi Gawai Raya Sekolah Kebangsaan (SK) Hijrah Badong, Daro merupakan usaha murni yang menggabungkan elemen kebudayaan dan pendidikan. Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi berkata, peogram yang bertemakan “Serumpun: Harmoni Lebaran, Meriah Gawai”, ini menampilkan penyatuan dua budaya besar dalam suasana muhibah dan harmoni. “Sarawak merupakan negeri yang unik dengan kepelbagaian kaum […]

Abang Johari bakal kongsi visi tenaga hijau Sarawak di Tokyo

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sekali lagi mendapat penghormatan global apabila bakal berkongsi visi tenaga hijau Sarawak pada Persidangan Hidrogen Dunia Asia 2025 yang dijangka diadakan mulai 8 hingga 10 Julai ini di Tokyo, Jepun. Dalam kenyataan media hari ini, Premier Sarawak dijadual menyampaikan ucaptama bertajuk “Sarawak’s Hydrogen Vision: […]

IEW 2025: Sarawak bakal muncul hab serantau transformasi tenaga bersih

KUCHING: Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak (MEESty), Datuk Dr. Hazland Abg Hipni mempengerusikan mesyuarat terakhir jawatankuasa pemandu bagi memastikan kelancaran penganjuran Minggu Tenaga Antarabangsa Keenam (IEW) 2025 dijadual berlangsung mulai 15 hingga 17 Julai ini di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK). IEW 2025 yang bertemakan “Dari Sarawak ke Dunia: Perjalanan ke Kepimpinan […]

Sarawak laksana pelbagai inisiatif bantu perkasakan PMKS

KUCHING: Kerajaan yang stabil membolehkan pelbagai bentuk bantuan disalurkan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di Sarawak sejak 2021. Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED), Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, bantuan ini termasuk subsidi faedah berjumlah RM75.5 juta kepada 3,300 PMKS terbabit. Selain itu katanya, seramai 178,000 […]

Muat turun aplikasi Sarawak Croc Watch untuk ketahui lokasi berisiko buaya

KUCHING: Orang ramai disaran memuat turun aplikasi Sarawak Croc Watch bagi mengenal pasti kawasan panas penemuan buaya. Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah Dan Alam Sekitar Sarawak Datuk Len Talif Salleh berkata, aplikasi tersebut juga membolehkan orang ramai melaporkan penemuan buaya di kawasan tertentu. “Oleh itu, sebarang penemuan buaya boleh dimuat naik ke dalam aplikasi […]

Sarawak sokong pendedahan AI dalam sistem pendidikan

KUCHING: Sarawak menyokong pendedahan awal teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam sistem pendidikan bagi mengelakkan disalahgunakan. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini penting memandangkan teknologi berkenaan menjadi ‘enabler’ kepada banyak perkara termasuk digunakan untuk tujuan yang tidak bertanggungjawab. “Jika tidak didedahkan lebih awal, ia boleh disalahgunakan,” katanya. Beliau berkata demikian […]