Month: August 2025

Sarawak perkukuhkan agenda ekonomi digital, hijau

TOKYO: Kerajaan Sarawak meneroka peluang untuk bekerjasama dengan syarikat dari Jepun, NEC Corporation dalam sektor ekonomi digital dan hijau. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, kerjasama ini akan memacu transformasi digital dan pertumbuhan mampan, khususnya dalam bidang kerajaan digital, penerbangan serta keselamatan siber. Berucap di NEC Super Tower semalam, beliau menegaskan […]

Sarawak mampu keluarkan benih padi berkualiti, kurangkan import beras

KUCHING: Sarawak berpotensi memperkukuhkan pengeluaran padi negara susulan negeri itumempunyai tanah yang luas. Namun, kejayaan itu bergantung kepada keupayaan menghasilkan benih yang berkualiti. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) boleh membantu Sarawak memperbanyakkan benih padi yang baik. Ini kerana katanya, sasaran Sarawak mengurangkan kebergantungan kepada […]

Galeri khas kenang jasa Tok Nan di UPM Bintulu

BINTULU: Perjuangan mantan Ketua Menteri Sarawak, Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem dalam menyatukan rakyat Sarawak tanpa mengira kaum diabadikan di sebuah galeri khas di Universiti Putra Malaysia (UPM) Kampus Bintulu. Galeri ini bukan sekadar ruang pameran yang menghidupkan semula memori Tok Nan, tetapi pusat ilmu dan inspirasi untuk generasi akan datang memahami perjuangan, nilai dan […]

Penggunaan herba tradisional kaum Kelabit dibukukan

BINTULU: Kerajaan Sarawak menyokong usaha universiti melakukan penyelidikan berkaitan pengunaan herba tradisional kaum etnik negeri ini. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, antaranya penggunaan herba tradisional oleh kaum Kelabit yang telah diterbitkan dalam bentuk buku. “Universitilah yang biasanya mampu melaksanakan kajian sebegini, dan kerajaan negeri akan terus […]

RM1.98 juta bantu pengusaha akuakultur

LAWAS: Seramai 44 penternak dari daerah Santubong, Lundu-Sematan, Sadong Jaya, Kabong, Pusa, Sibu, Sarikei, Tanjung Mani Mukah dan Lawas mendapat manfaat daripada projek akuakultur khususnya air payau tahun ini. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memperuntukkan sebanyak RM1.98 juta bagi menjayakan projek tersebut. […]

Sarawak jalankan ujian penggunaan biojisim loji janakuasa Sejingkat

KUCHING: Kerajaan Sarawak sedang menjalankan ujian penggunaan biojisim bagi mengurangkan pergantungan kepada arang batu di stesen janakuasa Sejingkat di sini. Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr Hazland Abang Hipni berkata penggunaan arang batu telah dikurangkan kepada 50 peratus dengan selebihnya menggunakan wood pellet, bamboo pellet dan napier grass. “Jika ujian ini […]

Pusat Falak Bintulu sebagai pemangkin modal insan berkemahiran

BINTULU: Jalinan kerjasama strategik dengan pelbagai institusi dan pusat pengajian tinggi tempatan akan membolehkan Pusat Falak Bintulu muncul sebagai pusat pengajian lebih teratur. Selain itu, boleh melahirkan modal insan berkemahiran dalam bidang falak. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pusat pengajian tinggi seperti Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Teknologi MARA […]

Kemudahan sukan lengkap, moden dibina di Beting Maro

PUSA: Penduduk di kawasan Beting Maro bakal menikmati kemudahan sukan yang lengkap dan moden sebaik sahaja pembinaan beberapa prasarana sukan siap sepenuhnya nanti. Bagi tujuan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro, Razaili Gapor berkata, Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM33 juta. Katanya, peruntukan itu merangkumi pembinaan kompleks sukan baharu di Pusa bernilai RM25 juta, menaik […]

Sarawak teliti kemungkinan tubuhkan Majlis Tenaga Sarawak

KUCHING: Kerajaan Sarawak sedang meneliti kemungkinan untuk menubuhkan Majlis Tenaga Sarawak dalam usaha menyelaras semua pihak berkepentingan dalam sektor tenaga. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, langkah itu penting supaya dasar dan operasi perniagaan mereka selaras dengan dasar negeri. “Kita sedang dalam proses berinteraksi dengan sektor swasta dan majlis pada […]