Month: August 2025

Pas perjalanan khas laluan Brunei, Sarawak, Sabah

KUCHING: Kerajaan Malaysia dan Brunei akan berbincang mewujudkan pas perjalanan khas bagi memudahkan mobiliti rakyat di sempadan Sarawak, Brunei dan Sabah. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pas tersebut mempunyai tempoh masa dan kemungkinan antara dua bulan atau tiga bulan. “Kaedah pelaksanaan pas perjalanan itu akan diumumkan kemudian selepas perbincangan […]

Jalan balak akan dinaik taraf

BELAGA: Kerajaan Sarawak meluluskan peruntukan sebanyak RM38 juta untuk membaik pulih jalan rosak akibat hujan lebat dan tanah runtuh di negeri ini. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, peruntukan itu termasuk membaik pulih jalan Menjawah-Belaga dan Lusong Laku. Dalam pada itu, Kerajaan Sarawak komited menaiktaraf jalan balak dan bekas jalan balak di […]

Isu keselamatan, keamanan Sarawak dibincang

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkenan menerima kunjungan hormat daripada Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Mohd Khalid Ismail di Astana Negeri Sarawak di sini hari ini. Turut hadir ialah Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, CP Datuk Ibrahim Darus, Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Dato’ Mancha Ata serta pegawai […]

Sarawak Water dilancar

KUCHING: Pelancaran Sarawak Water Sdn Bhd (SWSB) yang dikenali sebagai Sarawak Water adalah detik bersejarah menyaksikan Lembaga Air Kuching (KWB), Lembaga Air Sibu (SWB) dan LAKU Management Sdn. Bhd. (LAKU) digabungkan menjadi satu entiti. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, Sarawak Water dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak melalui SFS Incorporated. Sarawak Water […]

RM6 bilion projek loji rawatan air seluruh Sarawak

KUCHING: Kerajaan Sarawak telah memperuntukkan perbelanjaan hampir mencecah RM10 bilion untuk projek bekalan air di Sarawak. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Johari Tun Openg berkata sebanyak RM6 bilion sahaja diperuntukkan untuk melaksanakan projek loji rawatan air. “Manakala, projek menggantikan dan membaik pulih sistem paip seluruh Sarawak pula diperuntukkan RM1.1 bilion,” katanya Beliau berkata demikian […]

Galak belia terokai pertanian

BINTULU: Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) digesa memain peranan proaktif dalam menarik minat golongan muda menerokai bidang pertanian melalui pendekatan moden dan berskala besar. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom berkata, tugas PPK adalah meyakinkan anak muda bahawa pertanian mampu memberikan pulangan lumayan jika dilakukan dengan betul. “Pertanian sekarang […]

Malaysia sasarkan 70% tenaga boleh baharu pada 2050

BUSAN (Korea): Malaysia, melalui Halatuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) merangka sasaran untuk mencapai 70 peratus kapasiti tenaga boleh baharu menjelang tahun 2050 dengan memanfaatkan tenaga solar, hidro, hidrogen hijau dan sistem digital untuk pengurusan permintaan tenaga. Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof berkata, tanpa grid yang kukuh, fleksibel dan moden, matlamat peralihan tenaga tidak […]

Pelaburan kumpulan Syarikat La Papa bantu rancakkan ekonomi Lawas

LAWAS: Pelaburan kumpulan Syarikat La Papa yang sedang dalam pelaksanaan akan merancakkan sektor ekonomi di daerah Lawas. Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ini membabitkanprojek bernilai RM150 juta bagi pembangunan sebanyak 150 unit apartmen, sebuah hotel 50 bilik, premis perniagaan serta taman tema air. “Pada masa sama Kerajaan Sarawak akan terus […]

Graduan IKMAS perlu terlibat pembangunan Sarawak

KUCHING: Institut Kemahiran Islam Malaysia (IKMAS) harus membuka ruang untuk cabang-cabang ilmu yang lebih luas kepada graduannya. Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ini kerana beliau melihat bahawa bukan semua graduan IKMAS akan mendapat pekerjaan di mahkamah syariah, masjid dan surau, majlis agama Islam, atau di agensi kerajaan sebagai […]

Premier Sarawak dijangka hadiri Forum Antarabangsa Simpanan Tenaga Hidro Pam di Paris

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijangka menghadiri Forum Antarabangsa Simpanan Tenaga Hidro Pam 2025 yang akan berlangsung di Paris pada 9 September ini. Persatuan Hidroelektrik Antarabangsa dalam laman sesawang rasmi persatuan itu berkata, forum tersebut merupakan kemuncak kepada kempen global mengenai kepentingan teknologi simpanan tenaga hidro pam yang kini […]