Month: February 2026

Ilmu pemacu perubahan masyarakat, pembangunan negara

SERIAN: Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran merupakan wadah untuk menghayati kandungan kitab suci Al-Quran sebagai asas pembinaan ilmu, pembangunan ekonomi serta kemajuan tamadun manusia. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Al-Quran mengandungi panduan menyeluruh bagi membentuk akhlak dan sumber ilmu ke arah memacu pembangunan manusia dan negeri. Umat Islam katanya, […]

PROSPEK bantu tingkatkan kemahiran belia luar bandar

KUALA LUMPUR: Sejumlah 31 GiatMARA diwujudkan di Sarawak dalam usaha meningkatkan kemahiran golongan belia, khususnya dalam bidang teknikal. Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wangberkata, usaha membantu belia turut disokong melalui pelbagai program ekonomi secara berkelompok seperti pelaksanaan Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK) yang melibatkan lima atau lebih perkampungan sedia ada bagi […]

Waspada hasutan pihak luar, rakyat diingat jangan terpengaruh-Henry Sum

LAWAS: Rakyat Sarawak perlu berwaspada dengan semakin banyak fitnah dan tuduhan yang disebarkan menjelang pilihan raya negeri (PRN akan datang. Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong berkata, ini terutamanya yang disebar di laman sosial untuk melaga-lagakan rakyat Sarawak. “Waspadalah kerana banyak yang cuba masuk, tapi tidak mudah, jadi mereka melaga-lagakan rakyat Sarawak,” katanya. Beliau […]

SUKSAR IV platform uji kemampuan atlet

BETONG: Kontinjen Sarawak meletakkan sasaran jelas untuk mempertahankan kejuaraan keseluruhan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026 yang dijadual berlangsung mulai 15 hingga 24 Ogos depan. Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Gerald Rentap Jabu berkata, penganjuran temasya Sukan Sarawak (SUKSAR) IV 2026 kini menjadi medan utama bagi atlet negeri ini membuktikan […]

SMD Semiconductor, Universiti Bristol dan Yayasan Sarawak meterai MoU, perkukuhkan pembangunan teknologi

KUCHING: SMD Semiconductor memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Universiti Bristol dan Yayasan Sarawak yang menyediakan rangka kerja jangka panjang selaras dengan Pelan Hala Tuju Semikonduktor Sarawak 2030. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pelan rangka kerja tersebut berasaskan konsep ‘Beyond Moore’s Law’ dan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 bagi […]

Barisan kepimpinan Persatuan Jatti Miriek Miri diperkenal

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menerima kunjungan hormat Persatuan Jatti Miriek Miri di kediaman rasmi beliau di sini, hari ini. Kunjungan diketuai Naib Presiden persatuan, Dato Mohamad Safri Datuk Abdillah yang hadir mewakili Presiden bertujuan memperkenalkan barisan kepimpinan […]

Bazar Ramadan: Peniaga perlu patuhi peraturan, hotel disaran nilai semula harga bufet

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) tidak mengenakan sebarang sekatan kepada peniaga yang memohon berniaga di kawasan luar bazar Ramadan di bawah bidang kuasa dewan tersebut. Bagaimanapun, peniaga disaran agar tidak berniaga terlalu berdekatan serta menjaga kebersihan kawasan masing-masing. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara […]

Penantian penduduk berakhir, Jambatan Batang Igan bakal dibuka sempena Aidilfitri ini

MUKAH: Jambatan Batang Igan akan dibuka kepada orang awam pada 15 Mac ini, sempena sambutan Aidilfitri, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Beliau berkata, pembukaan jambatan tersebut menamatkan kebergantungan penduduk terhadap perkhidmatan feri yang sebelum ini mengambil masa sehingga 30 minit untuk menyeberangi Batang Igan. Menurutnya, jambatan sepanjang 1.4 kilometer (km) itu […]

Dialog pembangunan Bukit Saban bersama pemilik tanah NCR Ulu Rimbas, Ulu Paku

SPAOH: Kerajaan Sarawak sentiasa mendengar pandangan rakyat dalam menentukan hala tuju pembangunan sosioekonomi di kawasan Bukit Saban, dengan sasaran meningkatkan pendapatan keluarga kepada RM15,000 menjelang tahun 2030. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pendekatan dialog bersama rakyat penting bagi memastikan perancangan pembangunan selari keperluan komuniti. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri […]

Teratak Kasih Tok Nan rapatkan jurang perkhidmatan HIV

BINTULU: Kerajaan Sarawak menyumbang sebanyak RM2.25 juta bagi tempoh tiga tahun bagi menyokong operasi dan peluasan inisiatif Teratak Kasih Tok Nan di negeri ini. Hasilnya, Teratak Kasih Tok Nan cawangan Bintulu merupakan yang ketiga dirasmikan di Sarawak selepas Kuching dan Miri. Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyambut baik peluasan inisiatif itu ke Bintulu yang […]