Month: March 2026

Bersatu hadapi kenaikan harga, bahan api

MIRI: Rakyat negeri ini perlu terus bekerjasama dan saling membantu bagi menghadapi kenaikan harga barang dan bahan api ketika ini. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, peningkatan kos ini memberi tekanan kepada ekonomi keluarga dan turut menjejaskan kesejahteraan emosi serta kehidupan seharian masyarakat. “Dalam keadaan mencabar ini, kita memerlukan semangat kerjasama […]

MEITD pastikan anak pedalaman tidak ketinggalan pendidikan

MIRI: Kerajaan Sarawak sentiasa komited memastikan pendidikan berkualiti dinikmati semua anak Sarawak termasuk di luar bandar dan pedalaman. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata ini melalui projek Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD) di sekolah kawasan itu. Katanya, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Long Lama juga salah satu sekolah […]

Mesyuarat khas tentukan bantuan rakyat susulan kenaikan harga barang

MIRI: Kerajaan Sarawak akan mengadakan mesyuarat memperhalusi bentuk bantuan untuk disalurkan kepada rakyat susulan kenaikan harga barang dan bahan api ketika ini. Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, inisiatif tersebut sedang diperhalusi di peringkat Kabinet bagi memastikan bantuan yang disalurkan benar-benar memberi impak kepada rakyat susulan tekanan kos sara hidup […]

Waspada cuaca kering, elak lakukan pembakaran terbuka

SPAOH: Penduduk dinasihat mengambil langkah berjaga-jaga sepanjang musim kemarau bagi mengelakkan kejadian kebakaran dan sebagainya. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, keadaan cuaca panas meningkatkan risiko kebakaran, khususnya di kawasan kediaman serta tanah terbuka, sekiranya langkah pencegahan tidak diberi perhatian serius. Sehubungan itu, beliau menggesa orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka […]

Kepimpinan kampung perlu terbuka terima idea rakyat

SARIBAS: Kepimpinan di peringkat kampung perlu mengamalkan sikap keterbukaan dalam menerima pandangan serta aduan penduduk. Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohammad Razi Sitam berkata pendekatan tersebut penting bagi memastikan pembangunan komuniti dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Menurutnya, kepimpinan itu bukan sahaja lebih dihormati, malah memudahkan urusan penyelarasan kebajikan rakyat di peringkat akar umbi. Beliau […]

Sarawak kekal antara negeri aman di Malaysia

SIBU: Sarawak masih kekal sebagai antara negeri yang paling aman di Malaysia. Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata, usaha berterusan perlu dilaksanakan bagi mengekalkan situasi tersebut. Beliau berkata, ini khususnya di Sibu yang mempunyai populasi melebihi 200,000 penduduk. “Pengalaman luas yang dimiliki Ketua Polis Daerah dan Timbalan Ketua Polis Daerah yang baharu, […]

Persidangan Pemandu Pelancong ASEAN di Sibu Oktober depan

KUCHING: Kira-kira 1,000 delegasi dari seluruh Asia Tenggara akan menyertai Persidangan Pemandu Pelancong Asia Tenggara Ke-3 2026 di Kingwood Hotel, Sibu mulai 13 hingga 15 Oktober depan. Program ini dianjurkan oleh Sarawak Tourist Guides Association dengan kerjasama Malaysian Tourist Guides Council serta disokong Business Events Sarawak. Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, […]

Bomba berjaya padamkan kebakaran hutan Ladang Keresa

BINTULU: Kebakaran hutan sekunder seluas kira-kira enam ekar di Ladang Keresa di sini, berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh pasukan bomba hari ini. Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.59 pagi. Susulan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu digerakkan ke lokasi kejadian yang […]

Hanifah bantu mangsa kebakaran Kampung Senau

MUKAH: Mangsa kebakaran yang kehilangan tempat tinggal menerima sumbangan bantuan berjumlah RM10,000 di Kampung Senau, Oya, Dalat, di sini. Timbalan Menteri Kesihatan merangkap Ahli Parlimen Mukah, Dato Hanifah Hajar Taib menyalurkan bantuan tersebut kepada mangsa, Mohd Faris Abdullah selepas kediamannya musnah dalam kejadian kebakaran baru-baru ini. Sehubungan itu, Hanifah berharap sumbangan tersebut membantu memenuhi keperluan […]