KUCHING: Penemuan saintis tempatan yang berjaya mengenal pasti komponen daripada minyak sawit sebagai sumber bahan api pesawat membuka potensi baharu kepada Sarawak dalam industri penerbangan mampan. Premier Sarawak, Abang Johari Tun Openg berkata, pembangunan teknologi tersebut kini sedang diterokai oleh penyelidik tempatan di Sarawak Biodiversity Centre (SBC) sebagai asas kepada penghasilan bahan api penerbangan mampan […]
Lebih 5,000 peserta hadiri Konvensyen GPS Ahad ini, persiapan lancar
KUCHING: Lebih 5,000 peserta parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS) berkampung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, bagi menghadiri Konvensyen GPS pada 19 April ini. Mereka terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP). Setiausaha Agung GPS merangkap Menteri Kerja […]
Premier Sarawak setuju perluas pelaksanaan SPK Debak
BETONG: Skim Pembesaran Kampung (SPK) di kawasan Debak akan diperluaskan ke kawasan yang belum mendapat skim tersebut. Ia selepas kelulusan daripada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas permintaan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas Datuk Mohammad Razi Sitam. “Jadi kita […]
Kursus latihan penerbangan kapal terbang, dron dicadang di CENTEXS Betong
BETONG: Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) Betong dicadang agar menyediakan kursus latihan penerbangan melibatkan kapal terbang dan dron. Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas mencadangkan perkara tersebut kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg semasa berucap dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Saribas di Pusat Sukan […]
Sarawak fokus tenaga hijau, penggunaan diesel bakal berakhir
DEBAK: Sarawak kini berada di landasan kukuh untuk menamatkan sepenuhnya kebergantungan kepada bahan api diesel bagi penjanaan elektrik dan pengangkutan awam menjelang tahun 2030. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, langkah “Selamat Tinggal Diesel” itu merupakan sebahagian daripada Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 2030 (PCDS 2030) yang memberi penekanan kepada kemakmuran […]
Tanjung Manis jadi Taman Perabot
KUCHING: Tanjung Manis yang sebelum ini dibangun berasaskan industri kayu akan diperkasakan melalui kesinambungan pembangunan berfokuskan industri perabot. Timbalan Menteri Pembangunan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, perancangan terperinci dilaksanakan termasuk mengenal pasti kawasan strategik di Tanjung Manis bagi tujuan pembangunan tersebut. Tanjung Manis boleh diperkukuhkan sebagai industri hiliran perkayuan […]
Masjid Al-Azim Daerah Kecil Debak mampu tampung lebih 800 jemaah
DEBAK: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merasmikan Masjid Al-Azim Daerah Kecil Debak yang mampu menampung seramai 815 jemaah pada satu-satu masa, di sini, hari ini. Projek itu siap dibina dengan sokongan Kerajaan Sarawak. Masjid terbabit hasil inisiatif Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Datuk Mohammad Razi Sitam dan pembinaannya membabitkan […]
Jalan Lubok Tamang bakal tingkatkan sosioekonomi penduduk kampung
BETONG: Jalan Lubok Tamang sepanjang 9.5 kilometer (km) dibina dengan kos RM35 juta akan meningkatkan lagi taraf sosioekonomi penduduk di Kampung Suri, Manggut dan Tuie, Debak. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merasmikan majlis penamaan Jalan Lubok Temang di simpang jalan itu, di sini, hari ini. Projek jalan itu siap sepenuhnya […]
Sarawak rancang mulakan Taman Perabot sebelum diperluas ke Tanjung Manis
KUCHING: Sarawak merancang memulakan pembangunan Taman Perabot di Kuching sebelum projek itu diperluaskan ke Tanjung Manis. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan memaklumkan projek tersebut mendapat kelulusan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13), dengan memberi tumpuan kepada pembangunan produk kayu bernilai tambah tinggi. “Pelaksanaan projek kini berada pada peringkat menunggu kelulusan peruntukan […]
STEM platform Sarawak lahirkan berkemahiran tinggi
DARO: Bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) terus menjadi pemacu utama pembangunan masa depan negeri dan negara, sekali gus menuntut usaha berterusan bagi memperluas penglibatan pelajar, khususnya di luar bandar. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Dr Safiee Ahmad berkata, pembangunan modal insan berkemahiran tinggi dalam STEM bukan sahaja meningkatkan kebolehpasaran graduan, malah menyokong […]
