Month: July 2026

AIM25 ke Bumi Kenyalang, penghormatan buat Sarawak

KUCHING: Sarawak bakal mencipta sejarah apabila menjadi tuan rumah Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada 26 September depan. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pemilihan Kuching sebagai tuan rumah merupakan satu penghormatan buat Sarawak. “Kerajaan Sarawak menyokong AIM25 […]

Laporan media perlu seimbang menangani cabaran era AI

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pengamal media harus mengekalkan laporan seimbang, beretika dan berasaskan fakta dalam mendepani cabaran era kecerdasan buatan (AI) yang semakin berkembang. Katanya, Kerajaan Sarawak akan terus memberikan sokongan secara seimbang kepada pengamal media bagi memastikan mereka dapat menjalankan tugas dengan lancar dan berkesan. “Layanan […]

Sarawak berpotensi sebagai hab serantau inovasi air, pertukaran ilmu

KUCHING: Sarawak terus memainkan peranannya sebagai platform global bagi kerjasama, inovasi dan kecemerlangan dalam sektor air. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak,Dato Sri Julaihi Narawi berkata, Pameran dan Persidangan Antarabangsa Air dan Air Sisa Borneo (BIWWEC) yang dianjurkan Sarawak setiap dua tahun sejak 2010 menjadi bukti komitmen itu. Beliau berkata, komitmen ini turut diperkukuh dengan kejayaan […]

Kampung Pangtray, Kampung Nangar terima bantuan jentera pertanian

DARO: Kerajaan Sarawak meningkatkan pengeluaran padi dan menjamin keselamatan makanan negeri apabila Kampung Pangtray dan Kampung Nangar Besar menerima bantuan jentera pertanian, semalam. Bantuan tersebut di bawah inisiatif Jabatan Pertanian Sarawak. Majlis Simbolik Penyerahan dan Demonstrasi Ujiguna Jentera/Mesin Padi dan Beras yang berlangsung di Dewan Kampung Pangtray itu disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, […]

Ekosistem inovasi Sarawak tarik minat Jiangsu Normal University

KUCHING: Ekosistem inovasi Sarawak mendapat perhatian antarabangsa apabila Jiangsu Normal University Kewen College, China mengadakan lawatan pembelajaran ke TEGAS Digital Village. Lawatan tersebut merupakan sebahagian daripada International Staff Mobility Programme anjuran UNIMAS bagi memberikan pendedahan kepada delegasi akademik mengenai pembangunan inovasi, keusahawanan serta program inkubasi syarikat pemula berasaskan teknologi. “Lawatan ini memberikan peluang kepada delegasi […]

Sarawak rancang eksport air sebagai sumber ekonomi baharu

KUCHING: Dengan memanfaatkan teknologi, Sarawak merancang memproses air sungai dan menjadikannya sebagai komoditi eksport kepada negara yang memerlukan. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, langkah tersebut merupakan pelan jangka panjang Sarawak. “Dalam jangka panjang, kita juga melihat air sebagai sumber ekonomi baharu. Ini kerana, Sarawak mempunyai banyak sungai, dan tanpa […]

Sarawak perkukuhkan agenda konservasi bertaraf global.

KUCHING: Sarawak mengukuhkan agenda konservasi menerusi kerjasama global dan pematuhan piawaian antarabangsa. Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh berkata, penganjuran Malaysian Conservation Conference (MCC) 2.0 2026 mencerminkan komitmen negeri terhadap agenda tersebut. “Dalam usaha menjadikan Sarawak sebuah wilayah yang berdaya saing di peringkat global, kita perlu sentiasa […]

Dua pengamal media Sarawak terima sumbangan

KUCHING: Sumbangan Tabung Kasih@HAWANA X TM disampaikan kepada dua pengamal media Sarawak. Menurut kenyataan media Sekretariat HAWANA 2026, sumbangan dana tanggungjawab sosial korporat (CSR) Telekom Malaysia (TM) terbabit merupakan inisiatif di bawah Tabung Kasih@HAWANA bagi memperluas bantuan kepada pengamal media. Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah menyampaikan sumbangan itu kepada jurufotografi di Unit […]

TYT Sarawak hadiri Istiadat Diraja Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi berkenan menghadiri Majlis Istiadat Mengadap dan Mengurniakan Bintang-Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam yang berlangsung di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman, hari ini. Keberangkatan beliau berdua ke majlis tersebut mencerminkan […]

Liga Safari Rakit Borneo angkat perlumbaan rakit buluh ke pentas antarabangsa

KUCHING: Sarawak memperkenalkan Liga Safari Rakit Borneo sebagai platform menyatukan perlumbaan rakit buluh tradisional dengan matlamat menjadikannya produk eko-pelancongan bertaraf antarabangsa. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, liga itu memperkenalkan piawaian seragam dari segi pengurusan, pemarkahan, keselamatan dan pendaftaran, manakala pasukan akan mengumpul mata sepanjang musim […]