Month: October 2026

Persediaan perarakan Sambutan Perayaan Hari Lahir Ke-80 TYT lancar, lambang penghargaan rakyat

KUCHING: Persediaan rapi Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa sempena Sambutan Perayaan Hari Lahir Ke-80 Tuan Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada 10 Oktober ini, berjalan lancar menerusi raptai penuh di Padang Merdeka, hari ini. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak merangkap Menteri Bertanggungjawab, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, beliau berpuas hati raptai berjalan lancar dan memberi gambaran […]

Tanjung Embang bakal jadi hab gas Sarawak

KUCHING: Tanjung Embang bakal diperkasa sebagai hab gas Sarawak di bawah Hala Tuju Gas Sarawaksekali gus membuka ruang untuk menarik pelaburan dalam sektor tenaga dan industri berkaitan. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pembangunan hab gas di Tanjung Embang antara langkah kerajaan negeri untuk memanfaatkan sepenuhnya rizab gas yang dimiliki […]

Projek pembangunan SK Nanga Temalat siap

SONG: Projek pembangunan semula SK Nanga Temalat, Song di bawah Pakej 10 fasa dua siap sepenuhnya pada 18 September lalu. Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR), Datu Ir Dr Cassidy Morris berkata, projek berkenaan melibatkan pembangunan kemudahan sekolah yang lebih selesa dan kondusif untuk warga sekolah. “JKR Sarawak sentiasa terbuka untuk membantu pihak sekolah atas dasar […]

Sarawak mahu perkukuhkan keterhubungan rentas sempadan Borneo

KUCHING: Sarawak akan mengukuhkan keterhubungan rentas sempadan untuk menyokong Borneo sebagai pusat pertumbuhan ekonom yang signifikan dan penting bagi ASEAN, kata Premier Sarawak. Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, dengan memanfaatkan lokasi strategiknya, sumber semula jadi, potensi tenaga boleh baharu, kepelbagaian biologi, modal insan dan keupayaan ekonomi yang berkembang, Borneo mampu menarik […]

Pembiayaan mudah bantu kontraktor Bumiputera Sarawak

KUCHING: Institusi kewangan disaran mempermudahkan serta mempercepatkan proses pembiayaan kepada kontraktor Bumiputera di Sarawak. Naib Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Dato Ismail Suut berkata, saranan tersebut bagi membantu kontraktor melaksanakan projek dengan lebih lancar. “Modal merupakan antara keperluan paling penting bagi usahawan dan kontraktor. “Ia bagi memastikan projek yang diperoleh dapat dimulakan serta disiapkan […]

Jalan baharu Sare dijadual siap 24 bulan, mula dibina 22 September 2026

SARIKEI: Pembinaan jalan baharu menghubungkan Sare dengan Jalan Sentebu/Bukit Kinyau bakal memperkukuhkan jaringan perhubungan Sarikei, selain memendekkan masa perjalanan penduduk. Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh, berkata projek sepanjang 2.7 kilometer (km) itu bernilai kira-kira RM17 juta antara usaha kerajaan memperluaskan rangkaian infrastruktur bagi menyokong perkembangan luar […]

Karnival Pendidikan Khas serlah bakat murid, bina keyakinan diri

DARO: Karnival Sukan dan Kesenian Pendidikan Khas Zon Tengah 2026 memberi ruang kepada 110 Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) menyerlahkan bakat, menggilap potensi dan membina keyakinan diri. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Dr Safiee Ahmad berkata, karnival berkenaan bukan sekadar medan pertandingan, sebaliknya platform untuk meraikan keunikan serta kebolehan setiap MBPK. “Karnival Pendidikan Khas […]

Dapatkan pemeriksaan awal kesan kanser payudara

KUCHING: Masyarakat khususnya wanita digesa mendapatkan pemeriksaan pada peringkat awal sekiranya mempunyai tanda atau kebimbangan berkaitan kanser payudara. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, kesedaran itu perlu disusuli tindakan mendapatkan pemeriksaan awal. “Mesej yang sangat penting ialah untuk tampil ke depan awal. “Bukan sahaja untuk mewujudkan kesedaran tentang kanser […]

TYT Sarawak kongsi pengalaman Parlimen

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menerima kunjungan hormat delegasi Majlis Senator Malaysia di Astana Negeri Sarawak hari ini. Kunjungan pagi tadi diketuai Presiden Majlis Senator Malaysia, Dato’ Sri Khairudin Es Abdul Samad bersama Naib Presiden, Senator Abun Sui […]

SARICON II 2026 himpunkan kepakaran, tingkatkan pengeluaran padi

KUCHING: Persidangan Padi Sarawak Kedua, SARICON II 2026 menghimpunkan penyelidik, agensi kerajaan dan wakil industri bagi berkongsi pengetahuan serta meneroka penyelesaian praktikal untuk penanaman padi dan pengeluaran beras. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Stephen Rundi Utom berkata, persidangan bertemakan Masa Depan Beras Lestari: Inovasi, Kerjasama dan Daya Tahan, memberi tumpuan […]