Month: October 2026

Belanjawan 2027: Peruntukan pengurusan pendidikan Sarawak perlu diambil kira

LAWAS: Sarawak berharap peruntukan lebih besar diperuntukkan menerusi Belanjawan 2027 yang akan dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat ini. Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, aspek pengurusan dan perancangan sektor pendidikan juga perlu diberi perhatian. Beliau berkata, usaha itu termasuk memastikan Sarawak dilibatkan secara langsung dalam proses perancangan […]

RUU Makanan 2026: Ambil kira peniaga kecil – Rodiyah

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Makanan 2026 perlu mengambil kira kemampuan peniaga kecil, khususnya usahawan luar bandar di Sarawak. Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee berkata, beliau menyambut baik pindaan itu termasuk pengenalan konsep bahan sentuhan makanan bagi memastikan keselamatan makanan turut melibatkan bahan pembungkusan dan bekas yang digunakan. Bagaimanapun, tegasnya, pelaksanaan standard […]

Sarawak rakan strategik penting Australia

KUCHING: Australia melihat Sarawak sebagai rakan strategik penting dalam memperluaskan kerjasama dua hala meliputi peralihan tenaga boleh diperbaharui, pembangunan bakat masa depan, pendidikan serta peluang perdagangan dan pelaburan. Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Danielle Heinecke berkata, kerjasama tersebut turut memberi tumpuan kepada penerokaan teknologi dan kepakaran baharu bagi menyokong agenda pembangunan Sarawak menuju 2030. Katanya, […]

Perusahaan sosial Sarawak pamer potensi menerusi SEHebat Catalyst

KUCHING: Sebanyak 10 perusahaan sosial tempatan mempamerkan pencapaian dan potensi perniagaan masing-masing menerusi program SEHebat Catalyst Kohort 2 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) 6 Oktober lalu. Program anjuran Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) dengan kerjasama Biji-Biji Initiative itu diadakan sempena Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS) 2026. Menurut kenyataan media SDEC, program […]

AKPS bekerjasama dengan Kerajaan Sarawak kawal pintu masuk sempadan

KUCHING: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) komited memperkukuhkan peranannya dalam mengawal kesemua 36 pintu masuk negara di Sarawak. Ketua Pengarah AKPS, Dato’ Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, penubuhan dan pengoperasian AKPS di Sarawak berjalan hampir dua tahun, namun masih berdepan beberapa cabaran pentadbiran. “Cabaran utama kita ialah kekurangan anggota untuk ditempatkan di […]

PPS sumbang 50 kerusi roda kepada HUS

KUCHING: Pertubuhan Pengguna Sarawak (PPS) menyumbangkan 50 kerusi roda kepada Hospital Umum Sarawak (HUS) menerusi program Sarawak Unity for Humanity bagi membantu pesakit yang memerlukan. Penyerahan sumbangan disempurnakan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Prof. Dr. Sim Kui Hian kepada Timbalan Pengarah HUS, Dr. Alex Kim Ren Jye yang mewakili Pengarah HUS. Sementara itu, Presiden […]

KDN tingkatkan penguatkuasaan bahan penerbitan

KUCHING: Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan (PK), Kementerian Dalam Negeri (KDN) Negeri Sarawak mempertingkatkan penguatkuasaan berkaitan bahan penerbitan dan teks al-Quran. Pengarah Bahagian PK KDN Negeri Sarawak, Rafiqin Rais berkata, usaha itu dilaksanakan menerusi penguatkuasaan serta advokasi kepada masyarakat. “Bahagian PK KDN Sarawak bertanggungjawab memastikan bahan penerbitan yang diedarkan tidak melanggar peruntukan undang-undang,” katanya menerusi kenyataan […]

UNIMAS pertemukan peserta Siri Inspirasi Kesejahteraan 2026

KOTA SAMARAHAN: Seramai 279 warga Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan agensi berkaitan menyertai Siri Inspirasi Kesejahteraan 2026 dan Bengkel Selari, Kursus Prapersaraan 2026 di DeTAR PUTRA di sini. Pendaftar UNIMAS, Azlan Ramli berkata, program bertemakan “Menyemai Budaya Kerja Sejahtera” itu dianjurkan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar UNIMAS sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera setiap Oktober. […]

Jambatan Batang Paloh penghubung baharu kawasan pesisir

DARO: Pembukaan Jambatan Batang Paloh pada 30 Oktober ini bakal memperkukuhkan rangkaian perhubungan pesisir tengah Sarawak dengan menyediakan laluan alternatif ke Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu dan Kuching. Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Ir Aidel Lariwoo berkata, jambatan sepanjang 1.7 kilometer (km) itu menjadi satu lagi komponen penting dalam usaha kerajaan negeri melengkapkan […]

Empat projek legasi SUF pemangkin pembangunan bandar Kuching

KUCHING: Empat projek legasi akan dilaksanakan sempena Forum Perbandaran Sarawak (SUF) 2.0 mulai 24 hingga 27 Oktober ini di Hikmah Exchange Event Centre (HEEC). Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berkata, projek tersebut merupakan usaha memperkukuhkan pembangunan bandar yang mampan, mesra komuniti dan berteknologi. “Pembangunan Dataran Perayaan di Lebuh Java, […]