Month: October 2026

Belanjawan 2027: Sarawak terima peruntukan RM16.2 bilion, tertinggi setakat ini

KUALA LUMPUR: Sarawak menerima peruntukan Persekutuan sebanyak RM16.2 bilion menerusi Belanjawan 2027 meningkat RM1.1 bilion berbanding RM15.1 bilion pada tahun ini. Peruntukan itu diumumkan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini. Menurut beliau, peruntukan untuk Sabah dan Sarawak kekal pada paras tertinggi, dengan Sabah […]

Gaji minimum dinaik ke RM2,000 mulai Jun 2027

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan berkuat kuasa Jun 2027 menerusi Belanjawan MADANI 2027. Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, lebih empat juta pekerja bakal menerima manfaat daripada kadar gaji minimum baharu itu, manakala perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dengan hasil jualan di […]

Projek Tebingan Pantai Punang diteruskan

LAWAS: Kajian secara menyeluruh perlu dilakukan sebelum projek pembinaan Tebingan Pantai Punang di sini dilaksanakan, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Sari berkata, kajian menyeluruh itu merangkumi aspek pergerakan arus, ombak dan pantai di kawasan Kampung Punang sendiri. “Usaha untuk membangunkan pantai […]

Sarawak Sasar 30,000 hektar tanaman buluh menjelang 2030

KUCHING: Sarawak menyasarkan penanaman buluh komersial seluas 30,000 hektar dan 2,000 hektar tanaman buluh komuniti menjelang 2030. Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar merangkap Ahli Lembaga Pengurusan Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA), Datuk Len Talif Salleh berkata, setakat ini hanya 1,514 hektar kawasan ditanam dengan buluh melibatkan 18 syarikat komersial dan […]

PLKN 3.0 Sarawak bermula Julai 2028, 60 peratus kuota untuk anak tempatan

KUALA LUMPUR: Program Latihan Khidmat Negara 3.0 (PLKN 3.0) di Sarawak dijangka bermula pada Julai 2028 menerusi Siri 3/2028 yang dijadual berlangsung sehingga Ogos tahun berkenaan. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, persiapan bagi pelaksanaan program itu sedang giat dijalankan termasuk mendapatkan kelulusan penggunaan tanah. Katanya, latihan berkenaan akan dilaksanakan di Cawangan Latihan […]

Majlis makan malam Dr Sim bersama pengamal media

KUCHING: Kira-kira 100 pengamal media daripada pelbagai agensi menghadiri Majlis Makan Malam Bersama Media anjuran Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, di sebuah hotel di sini, malam tadi. Penganjuran majlis itu bagi memperkukuhkan hubungan dan komunikasi erat di antara kepimpinan negeri dengan pengamal – pengamal media sama ada dari media cetak, televisyen, […]

Penantian 12,000 penduduk,14 penempatan Pulau Bruit berakhir

DARO: Pembukaan Jambatan Batang Paloh pada 30 Oktober ini dijangka membuka lembaran baharu kepada kira-kira 12,000 penduduk di 14 penempatan Pulau Bruit. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol berkata, ini khususnya dalam memperluaskan peluang ekonomi serta memudahkan pemasaran hasil pertanian dan perikanan. Katanya, kemudahan itu menjadi […]

Cadangan pindahkan feri Batang Paloh ke kawasan masih terputus hubungan darat

TANJUNG MANIS: Perkhidmatan feri Batang Paloh dicadangkan dipindahkan ke kawasan lain yang masih bergantung kepada pengangkutan air susulan pembukaan Jambatan Batang Paloh kepada orang ramai pada 30 Oktober ini. Ahli Parlimen Tanjong Manis, Dato Yusuf Abd Wahab berkata, operasi perkhidmatan dijangka dihentikan sebaik sahaja jambatan itu dibuka sepenuhnya. “Kemudahan feri yang tidak lagi diperlukan di […]

Tun Wan Junaidi, Abang Johari hadiri Majlis Kesyukuran Sambutan Hari Jadi TYT

KUCHING: Yang di- Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menghadiri Majlis Kesyukuran sempena Sambutan Perayaan Hari Lahir Ke-80 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak di Masjid Jamek Kuching, malam ini. Ketibaan Tun Pehin Sri bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi di perkarangan masjid disambut barisan pemimpin negeri, […]

SPR teliti bantahan syor persempadanan Sarawak

KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menerima sebanyak 133 representasi berhubung Syor Kajian Semula Persempadanan (KSP) Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Negeri Sarawak Kali Ketujuh. Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 126 representasi membantah syor berkenaan, manakala tujuh lagi menyatakan sokongan. Menurutnya, semua representasi diterima sepanjang tempoh pameran syor kajian semula persempadanan […]