Year: 2026

Sarawak rancang pelaburan pusat data pintar, kekalkan kawalan imigresen

KUCHING: Kerajaan Sarawak mempunyai cadangan pelaburan bagi pembangunan pusat data pintar yang melibatkan syarikat antarabangsa terkemuka. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, cadangan tersebut masih dalam perancangan dan identiti pelabur belum dapat didedahkan buat masa ini. Menurutnya, perkara itu memerlukan penelitian kerana melibatkan syarikat antarabangsa serta kepentingan berkaitan pasaran saham. […]

Penerima bantuan kebajikan nikmati manfaat Sejambak Kasih

KUCHING: Kerajaan Sarawak melaksanakan program Sejambak Kasih membabitkan peruntukan sebanyak RM2.46 juta setakat April lalu. Program itu dilaksanakan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak dengan penerima bantuan kebajikan menerima RM100 bagi meraikan perayaan utama di Sarawak. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata antaranya Tahun Baharu Cina, Hari Raya, […]

Sarawak tidak berdepan masalah jika PRN13 diadakan pada musim tengkujuh

KUCHING: Sarawak tidak berdepan masalah sekiranya Pilihan Raya Negeri Ke-13 (PRN13) diadakan ketika musim tengkujuh. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, keadaan cuaca pada masa hadapan tidak dapat diramalkan. “Mana saya tahu, kalau tidak hujan, kita juga tidak dapat meramalkan keadaan cuaca pada masa hadapan. “Jika keadaan jerebu tidak teruk […]

Majlis Tilawah Al-Quran Se-Borneo wadah eratkan hubungan masyarakat serantau

KUCHING: Majlis Tilawah Al-Quran Bandar Raya Se-Borneo 1448H/2026M menjadi wadah merapatkan hubungan masyarakat Islam di Sarawak, Sabah, Brunei Darussalam dan Kalimantan, Indonesia, selain membuka ruang perkongsian maklumat serta usaha bersama membangunkan ummah di rantau Borneo. Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS), Datuk Misnu Taha berkata, perjumpaan ketua-ketua delegasi sempena majlis itu membolehkan wakil yang hadir […]

DBKU sasar bandar pintar tahap dua

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) kini berusaha mencapai pengiktirafan Bandar Pintar Tahap Dua selepas berjaya memperolehi Tahap Satu berdasarkan kriteria penarafan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah,DBKU) dan Hal Ehwal Islam, Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berkata, pencapaian itu mencerminkan komitmen DBKU […]

Kepimpinan stabil GPS lancarkan agenda pembangunan

TANJUNG MANIS: Perpaduan masyarakat berbilang kaum menjadi asas pembangunan Sarawak yang terus berkembang menerusi semangat saling membantu dan persefahaman sejak sekian lama. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, kepimpinan stabil Gabungan Parti Sarawak (GPS) pimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, membolehkan agenda pembangunan negeri dilaksanakan secara […]

Wakil rakyat GPS sentiasa turun padang, bukan hanya menjelang PRN – Roland

SERIAN: Wakil rakyat Gabungan Parti Sarawak (GPS) sentiasa turun padang mendekati masyarakat dan melaksanakan tanggungjawab mereka, bukan hanya apabila Pilihan Raya Negeri (PRN) semakin hampir. Naib Yang di- Pertua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, khidmat kepada rakyat merupakan tanggungjawab berterusan yang dilaksanakan setiap wakil rakyat GPS. “Sebenarnya, kita […]

Fazzrudin serah keputusan pencalonan semula kepada pimpinan Parti PBB

KUCHING: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tupong, Datuk Fazzrudin Abdul Rahman menyerahkan sepenuhnya keputusan mengenai pencalonan semulanya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13 kepada pucuk pimpinan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB). Timbalan Setiausaha Agung Parti PBB itu berkata, beliau memberikan kepercayaan penuh kepada kepimpinan parti untuk menentukan perkara berkenaan, sambil menegaskan komitmennya untuk […]

PERKIM digesa perkukuh dakwah, kebajikan saudara baharu

KUCHING: Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) digesa terus memperkukuhkan peranan dalam usaha dakwah dan kebajikan, khususnya memberikan bimbingan berterusan kepada saudara baharu. Premier Sarawak merangkap Presiden PERKIM Kebangsaan, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, tanggungjawab pertubuhan itu tidak seharusnya terhenti selepas seseorang memeluk Islam. Menurutnya, saudara baharu memerlukan sokongan kebajikan, pendidikan dan […]

Sematan terima projek baharu, 546 penduduk terima hak milik tanah

SEMATAN: Pembangunan sosioekonomi di kawasan ini mendapat sokongan positif dengan pelancaran projek Anjung Usahawan dan Taman Perindustrian Sematan Fasa Satu, disusuli penyerahan Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak. Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, kemudahan itu bagi merancakkan aktiviti perniagaan, perindustrian serta membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. […]