SONG: Projek Pembangunan Semula Sekolah Daif di Negeri Sarawak di bawah Peruntukan RM1 Bilion (Fasa Kedua), di Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Temalat dirasmikan Menteri Kerja Raya, Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi, hari ini. Projek bernilai RM10 juta itu merupakan Pakej 10, merangkumi pembinaan sebuah blok pentadbiran empat tingkat, dua blok berek Jenis C, sebuah asrama […]
Tingkatkan kesedaran keselamatan, kebersihan sungai
DARO: Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) melaksanakan 21 program melibatkan seramai 2,750 peserta di seluruh Sarawak sehingga 30 September lalu. Pengerusi LSS, Dr Safiee Ahmad berkata, program itu bertujuan mempergiat usaha meningkatkan kesedaran keselamatan dan kebersihan sungai. Malah, katanya program itu merupakan pendekatan berterusan mendidik masyarakat, khususnya komuniti yang bergantung pada sungai bagi urusan harian dan […]
Wanita Parti PBB Zon Miri perkukuh keupayaan penyampaian maklumat
MIRI: Keupayaan jentera Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dalam menyampaikan maklumat tepat mengenai dasar dan inisiatif Kerajaan Sarawak antara tumpuan Program Sarawak Kita Empun (SKE) 3.0 Zon Miri. Program yang berlangsung di Hotel Dynasty, di sini, hari ini menghimpunkan ahli wanita parti daripada enam cawangan, iaitu Lambir, Piasau, Pujut, Senadin, Marudi dan Telang Usan. […]
Taman Rimba Bukit Lima Sibu dinaik taraf, projek bermula tahun depan
SIBU: Kerajaan Sarawak meluluskan peruntukan sebanyak RM38 juta bagi menaik taraf keseluruhan kawasan Taman Rimba Bukit Lima Sibu, dengan kerja pembinaan dijangka bermula awal tahun depan. Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, peruntukan yang diluluskan pada Oktober tahun ini bertujuan menambah baik kemudahan dan infrastruktur di kawasan rekreasi berkenaan. […]
Penempatan tukun tiruan berpotensi diperluas rancakkan pelancongan
SEMATAN: Penempatan tukun tiruan berpotensi diperluas ke lebih banyak lokasi bersesuaian di Sarawak bagi merancakkan sektor pelancongan pesisir pantai, khususnya menerusi aktiviti memancing sukan. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, inisiatif yang dilaksanakan Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) itu dapat membantu menyediakan habitat sesuai untuk ikan, sekali gus menjadikan aktiviti memancing […]
Kerajaan peruntuk RM9 juta subsidi mamogram 2027
KUCHING: Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM9 juta bagi Program Subsidi Ujian Mamogram pada 2027 yang menyasarkan 38,000 wanita layak di seluruh negara. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Nancy Shukri berkata, inisiatif itu bertujuan memperluaskan akses pemeriksaan kesihatan bagi menggalakkan pengesanan awal kanser payudara. “Kita berharap menerusi inisiatif ini lebih banyak wanita akan menjalani […]
Len Talif serah keputusan calon kepada Parti PBB
SARIKEI: Naib Yang di-Pertua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Len Talif Salleh menyerahkan kepada parti untuk menentukan sama ada beliau akan terus mewakili kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Rajang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. Katanya, beliau menghormati keputusan parti dalam memilih calon, termasuk kemungkinan perubahan kepimpinan bagi memastikan perjuangan parti terus […]
Pembelajaran al-Quran perlu diteruskan sepanjang hayat
SARATOK: Seramai 66 peserta berjaya menamatkan Kursus Miftahul Quran anjuran KEMAS Saratok Tahun 2026 yang memberi fokus kepada pemantapan bacaan al-Quran, asas tajwid dan penghayatan Islam. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata al-Quran perlu dijadikan panduan hidup yang dipelajari dan diamalkan secara berterusan oleh setiap umat Islam. “Pembelajaran al-Quran tidak seharusnya terhad […]
Program Jelajah Kasih Srikandi platform dekati rakyat
LINGGA: Program Jelajah Kasih Srikandi Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Lingga di Rumah Harry, Semayang Ban berlangsung dalam suasana kemesraan dan semangat kekeluargaan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, program tersebut menjadi platform penting untuk mendekati masyarakat serta memperkukuh hubungan antara pemimpin dan komuniti. Menurut beliau, program itu […]
RMK-13: Sarawak perkasa pekebun kecil sagu, nipah
DEBAK: Kerajaan Sarawak terus memperkukuh industri sagu dan nipah menerusi pembangunan dua pusat pemprosesan bernilai RM8.5 juta serta penyaluran bantuan input pertanian kepada pekebun kecil di Saribas. Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Dr Mohammad Razi Sitam berkata langkah itu bertujuan meningkatkan produktiviti, kecekapan pengeluaran dan pendapatan pengusaha tempatan. Menurut beliau, penggunaan teknologi moden dan […]
