Year: 2026

Pemain industri perlu lebih aktif lahirkan tenaga kerja

BINTULU: Pemain industri digesa memainkan peranan lebih aktif dalam pembangunan bakat tempatan bagi melahirkan tenaga kerja berkemahiran di Sarawak. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Roland Sagah Wee Inn berkata ini kerana pihak itu tidak boleh hanya menunggu tenaga kerja berkemahiran muncul dalam pasaran pekerjaan. “Industri perlu berkongsi keperluan kompetensi, menyediakan pendedahan industri […]

Pemuda Parti PBB siap siaga sebagai pewaris kepimpinan

SIBU: Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) perlu mempersiapkan diri sebagai barisan pelapis kepimpinan parti dengan memperkukuhkan hubungan bersama masyarakat serta memahami dasar dan agenda pembangunan Sarawak. Naib Yang di-Pertua Parti PBB, Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, golongan muda berusia 40 tahun ke bawah mempunyai peranan penting dalam menentukan kesinambungan kepimpinan parti dan hala tuju […]

10,904 kanak-kanak perlukan perlindungan, penjagaan pada 2025

KUCHING: Sebanyak 10,904 kanak-kanak direkodkan memerlukan pemeliharaan dan perlindungan sepanjang 2025, manakala 2,746 kes dicatatkan bagi tempoh Januari hingga Mac 2026. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Nancy Shukri berkata, statistik itu menunjukkan perlindungan kanak-kanak perlu menjadi tanggungjawab bersama, bukan hanya ibu bapa, kerajaan atau agensi penguat kuasa. “Guru, jiran, pemimpin masyarakat, pertubuhan […]

Taman Agro Bebuling mampu tingkatkan produktiviti pertanian

SPAOH: Taman Agro Bebuling bakal menjadi model pertanian apabila penggunaan teknologi dan inovasi membuktikan hasil tanaman berkualiti tinggi mampu diusahakan. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata galeri yang dibangunkan di taman agro itu membuktikan pertanian berasaskan teknologi bukan sekadar konsep. Sebaliknya, ia boleh dilaksanakan secara praktikal untuk meningkatkan produktiviti. Menurutnya, sayur-sayuran yang […]

41 sekolah Tanjong Manis terima TV pintar

SARIKEI: Keperluan memperluaskan penggunaan teknologi digital dalam pendidikan penting bagi memastikan kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) kekal relevan dengan perkembangan semasa. Sehubungan itu, sebanyak 41 sekolah di kawasan Parlimen Tanjong Manis bakal menerima sumbangan TV Pintar daripada Pusat Khidmat P.206 Tanjong Manis bagi menyokong pelaksanaan PdP berasaskan teknologi. Ahli Parlimen Tanjong Manis, Dato Ir. Yusuf […]

Satu CEO Satu Kampung bantu belia rancang pembangunan komuniti

ASAJAYA: Konsep ‘Satu CEO Satu Kampung’ membantu memperkukuhkan peranan generasi muda dalam merancang dan melaksanakan inisiatif pembangunan komuniti. Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah merangkap Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang berkata, pendekatan itu boleh menggalakkan golongan muda mengambil tanggungjawab terhadap kemajuan kampung. “Anak muda mempunyai bakat dan kemahiran untuk menyumbang kepada masyarakat. Kita […]

Parti PBB Bukit Kota lawat projek pertanian modern PPK Kuala Langat

LIMBANG: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N79 Bukit Kota mengadakan lawatan sambil belajar ke Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Langat, Selangor baru-baru ini. Rombongan lawatan itu disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota yang juga Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail bersama Timbalan Menteri Pengangkutan merangkap […]

Sentuhan batik tempatan Sandora Craft Collection

KUCHING: Mengusahakan batik tempatan yang bermula dari rumah secara kecil-kecilan sehingga membuahkan hasil memberangsangkan mendorong pengusahaSandora Craft Collection mengembangkan perniagaan. Bermula dari situ, pengusaha serta pemiliknya, Titek Sandora Apit menanamkan impian untuk meluaskan perusahaan batik dan barangan kraf tempatan. Menurutnya, Sandora Craft Collection menghasilkan serta membekalkan pelbagai produk kraf tempatan yang sesuai untuk kegunaan harian, […]

Al-Muwatta’ Imam Malik wadah warisan ilmu Islam Sarawak

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyokong usaha menjadikan pengajian Kitab Al-Muwatta’ Imam Malik sebagai sebahagian daripada tradisi keilmuan Islam di Sarawak. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, tradisi isnad semakin penting dalam era maklumat yang tersebar pantas bagi membantu generasi muda menilai dan membezakan ilmu sahih daripada maklumat yang tidak berasas. “Program […]

Kongsi kos bantu laksana lebih banyak program

BINTULU: Penerima peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) disaran mengamalkan konsep perkongsian kos di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak di sini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee berkata ini khususnya bagi menganjurkan program berskala besar menggunakan peruntukan itu. “Melalui kerjasama komuniti dan perkongsian kos, kita bukan sahaja dapat memaksimumkan penggunaan dana yang […]