Year: 2026

1,177 peserta sertai Jalan Santai Keluarga

KUCHING: Seramai 1,177 peserta menyertai program Jalan Santai Keluarga terdiri daripada 254 keluarga dan 115 peserta kategori individu. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak Sarawak, Datuk Rosey Yunus berkata, program itu dimulakan dengan aktiviti zumba sebelum Jalan Santai Keluarga. “Program ini bukan sahaja menghimpunkan keluarga, tetapi turut menjadi ruang interaksi masyarakat serta membuka peluang kepada […]

RM2.1 bilion pacu pembangunan bekalan air Mukah

MUKAH: Bahagian Mukah menerima pelaburan pembangunan besar-besaran termasuk RM2.1 bilion bagi melaksanakan 68 projek bekalan air sepanjang tempoh 2018 hingga 2026. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol berkata, selain itu projek infrastruktur lain turut memberi manfaat kepada penduduk luar bandar dan pesisir. Usaha itu katanya, membuktikan […]

Mukah berpotensi jana pendapatan menerusi ekonomi karbon

MUKAH: Kekayaan kawasan paya, bakau dan tanah gambut di Mukah berpotensi menjadi sumber pendapatan baharu menerusi ekonomi karbon. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, perubahan iklim dan usaha global mengurangkan pelepasan karbon membuka peluang ekonomi baharu yang boleh dimanfaatkan Sarawak, termasuk Mukah. Menurutnya, kawasan bakau mempunyai keupayaan menyerap karbon yang […]

Klinik Kesihatan Debak bakal dibina baharu

DEBAK: Klinik Kesihatan Debak bakal digantikan dengan bangunan baharu yang lebih moden dan lengkap menerusi projek bernilai RM11 juta. Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Dr Mohammad Razi Sitam, berkata projek berkenaan dibiayai Kerajaan Sarawak merangkumi penggantian bangunan Klinik Kesihatan Debak serta pembinaan Klinik Pergigian Debak. Menurutnya, peruntukan projek disalurkan Kerajaan Sarawak menerusi Agensi Pembangunan […]

Loji Rawatan Air Basong fasa ketiga dahului jadual

MUKAH: Projek pembinaan Loji Rawatan Air Basong Fasa Ketiga Bahagian Mukah mendahului jadual dan dijangka siap sepenuhnya pada September 2028, kata Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi. Menurutnya, projek bernilai RM243.98 juta yang dimulakan September 2025 itu dibiayai sepenuhnya Kerajaan Sarawak dan merangkumi pembinaan loji rawatan air baharu berkapasiti 60 juta liter sehari […]

168 penjawat awam di Mukah terima Pingat Perkhidmatan Setia

MUKAH: Seramai 168 penjawat awam daripada 15 jabatan dan agensi kerajaan menerima Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) sebagai pengiktirafan terhadap kesetiaan, dedikasi serta khidmat bakti dalam perkhidmatan awam. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyampaikan pingat pada Majlis Penyampaian Pingat Perkhidmatan Setia Bahagian Mukah sempena Program Sarawakku Sayang (SKS) di sini, petang […]

SKS Mukah medan satupadukan rakyat, interaksi perkhidmatan kerajaan

MUKAH: Program Sarawakku Sayang (SKS) Bahagian Mukah yang bermula hari ini menjadi platform untuk mendekatkan kerajaan dengan rakyat, selain ruang penyatuan masyarakat pelbagai lapisan. Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki berkata, program itu membuka ruang kepada rakyat berurusan secara langsung dengan ketua jabatan, mendapatkan maklumat perkhidmatan kerajaan, menyuarakan masalah dan mendapatkan penyelesaian […]

Pusat Seni Persembahan Sarawak dijangka siap Jun 2027, kerja projek dahului jadual

KUCHING: Projek menaik taraf bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak lama menjadi Pusat Seni Persembahan kini mencapai 46 peratus dan dijangka siap pada Jun 2027. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kemajuan projek mencapai kira-kira 1.6 peratus mendahului jadual. Menurutnya, sebahagian besar kerja utama dan rumit […]

Premier Sarawak terima kunjungan hormat KPN, kunjungan perpisahan Pesuruhjaya Polis Sarawak

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat Ketua Polis Negara, Inspektor Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohd Khalid Ismail di Pejabat Premier Sarawak, Kompleks Satria Pertiwi, di sini, hari ini. Kunjungan tersebut turut disusuli kunjungan perpisahan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah. Kunjungan perpisahan itu susulan pelantikan […]

Regata Sarawak, Festival Perahu Naga Antarabangsa kembali meriahkan Kuching

KUCHING: Festival Perahu Naga Antarabangsa Sarawak edisi ke-12 dan Regata Sarawak 2026 bakal kembali memeriahkan Kuching Waterfront bermula 23 Oktober hingga 1 November ini. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, bagi Festival Perahu Naga, ia akan berlangsung dari 23 hingga 25 Oktober, melibatkan 80 pasukan dari […]