Year: 2026

Kerajaan sedang pertimbangkanpembinaan semula IPD Lundu

LUNDU: Kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan pembinaan semula Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lundu, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato Sri Nancy Shukri. Beliau yang juga Ahli Parlimen Santubong berkata, langkah itu bagi memperkukuhkan kemudahan keselamatan dan meningkatkan kecekapan perkhidmatan kepada masyarakat. “Cadangan tersebut kini dalam perhatian kerajaan namun masih di peringkat awal dan […]

Rakan media alami komplikasi penyakit, Bomba Petra Jaya bantu hantar jurugambar ke hospital

KUCHING: Anggota bomba dari Balai Petra Jaya tampil membantu membawa seorang rakan media menggunakan ambulan ke hospital bagi mendapatkan rawatan segera. Razali Nordin, 54, dilaporkan mengalami pelbagai komplikasi penyakit termasuk masalah injap jantung, batu karang dalam hempedu, gangguan buah pinggang serta diabetes, sehingga memerlukan bantuan kecemasan untuk mendapatkan rawatan lanjut. Situasi itu bukan sahaja menyentuh […]

Projek Pusat Akuatik Lawas dijangka siap Disember depan

LAWAS: Projek pembinaan pusat Akuatik Lawas di Komplek Sukan Lawas mengalami sedikit kelewatan. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala berkata, pihak pemaju mengaku projek ini terlewat daripada jadual sekitar 30 peratus. “Tapi mereka memberitahu akan berusaha untuk menyiapkan pada hujung bulan Disember nanti,” katanya. Beliau berkata demikian […]

KATSN tawarkan sokongan kebajikan kepada individu berkeperluan khas

KUCHING: Persatuan Pembangunan Bakat dan Kebajikan Keperluan Khas Kuching (KATSN) mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah di sini, hari ini. Kunjungan tersebut bagi memperkenalkan kepimpinan baharu persatuan itu selain membentangkan struktur organisasi terkini. Delegasi KATSN diketuai oleh Penasihatnya, Sim Kiang Chiok, dan barisan Jawatankuasa Eksekutif yang […]

Replika Kubu Rentap tarikan baharu pelancongan

BETONG: Pembinaan Replika Kubu Rentap di Bukit Sadok bakal menjadi tarikan pelancongan baharu di bahagian ini, sekali gus merancakkan ekonomi dan memelihara warisan sejarah Sarawak. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata projek bernilai RM16 juta itu turut melibatkan pembinaan jalan akses berjumlah RM38 juta bagi membuka potensi kawasan tersebut sebagai destinasi pelancongan […]

Syarikat Semenanjung terokai peluang kerjasama di Sarawak

KUCHING: Sarawak mengalu-alukam kerjasama jangka panjang dengan syarikat dari Semenanjung. “Sarawak mengalu-alukan kerjasama jangka panjang yang serius, dapat mewujudkan nilai, membina kemampuan dan menyokong pertumbuhan lestari,” menurut Timbalan Premier Sarawak yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Perindustrian dan Pelaburan, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. Beliau berkata demikian ketika menerima lawatan syarikat-syarikat dari Semenanjung bagi meneroka […]

Jumlah pegawai imigresen pos sempadan daerah Lawas, Ba’kelalan akan ditambah

LAWAS: Jumlah pegawai Imigresen bagi operasi kawalan sempadan di pos sempadan daerah Lawas dan Ba’kelalan akan ditambah untuk melancarkan operasi di pintu sempadan. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala berkata, jumlah pegawai yang perlu ditambah ialah di Pos Imigresen Mengkalab Trusan yang bersempadan Brunei, Pos Imigresen Merapok […]

Cuaca kering: Sarawak kaji pembenihan awan

KUCHING: Kerajaan Sarawak sedang menilai cadangan pembenihan awan bagi meningkatkan taburan hujan susulan cuaca panas dan kering di negeri ini. Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata langkah itu merupakan usaha awal bagi menghadapi kemungkinan kekurangan bekalan air dan turut disarankan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)berdasarkan pengalaman di Semenanjung Malaysia. “Pembenihan awan sedang […]

Projek Stadium Sarawak lancar, perkembangan global jadi cabaran

KUCHING: Projek naik taraf Stadium Sarawak bagi menyambut Sukan Asia Tenggara (SEA) 2027 berjalan dengan baik, namun risiko kelewatan wujud sekiranya konflik di Timur Tengah berterusan. Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, sebahagian peralatan utama stadium termasuk kerusi, dibekalkan dari luar negara dan sebarang gangguan bekalan boleh menjejaskan […]

SHInE 2026: Sarawak tumpuan dunia, 9-11 September depan

KOTA SAMARAHAN: Sarawak memperkukuhkan peranannya sebagai hab penyelidikan dan inovasi bertaraf dunia menerusi penganjuran Persidangan Antarabangsa Sarawak SHInE 2026 dijadual berlangsung pada 9 hingga 11 September depan di Kuching. Persidangan bertemakan “Advancing Science, Health, Innovation and Engineering” itu menjadi platform strategik menghimpunkan pakar, penyelidik, pemain industri serta pembuat dasar dari dalam dan luar negara bagi […]