Year: 2026

Projek Jalan Paloh–Tanjung Manis pemangkin pembangunan luar bandar

PALOH: Rancangan pembinaan jalan yang bakal menghubungkan Paloh ke Tanjung Manis dilihat sebagai pemangkin dalam merancakkan pembangunan kawasan serta meningkatkan taraf hidup penduduk. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol berkata, projek berimpak tinggi itu bakal membawa perubahan khususnya dari segi akses, ekonomi dan kesejahteraan kepada kehidupan […]

Kerajaan tubuhkan ‘war room’, pantau perkembangan semasa Asia Barat

KUCHING: Kerajaan menubuhkan ‘war room’ di peringkat Persekutuan bagi memastikan langkah proaktif diambil berikutan situasi geopolitik semasa di Asia Barat. Timbalan Perdana Menteri Malaysia,Datuk Amar Fadillah Yusof berkata, kerajaan sentiasa memantau perkembangan semasa melalui mesyuarat berkala termasuk penubuhan ‘war room’ di peringkat Persekutuan serta sesi libat urus bersama kerajaan negeri. Beliau berkata demikian ketika Majlis […]

Hormati undang-undang negara jiran,sikap toleransi

LIMBANG: Penduduk di utara Sarawak perlu terus menghormati peraturan bahan api Brunei bagi kenderaan asing yang memasuki negara itu. Peraturan itu mewajibkan kenderaan asing mempunyai sekurang-kurangnya tiga suku tangki bahan api, selain hanya dibenarkan membeli bahan api premium pada harga pasaran. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, itu adalah hak negara […]

Penduduk Nanga Semah, Kampung Sabena berdepan masalah air, Ahmad Johnie hulurkan bantuan bekalan

SIBU: Seramai 1,114 penduduk di kawasan Nanga Semah dan Kampung Sabena yang terletak di pesisir sungai, termasuk di Klinik Nanga Semah, SK Nanga Semah dan SK Sabena, berdepan kesukaran apabila bekalan air bersih terputus akibat musim kemarau sejak kebelakangan ini. Prihatin dengan keadaan tersebut, Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi segera menghulurkan bantuan bekalan air […]

Kemudahan Pusat Penjaja Kabong dinaik taraf

KABONG: Kewujudan kemudahan seperti pusat penjaja memainkan peranan penting untuk membuka peluang ekonomi kepada masyarakat melalui aktiviti perniagaan kecil, sekali gus membantu meningkatkan taraf hidup penduduk. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata, kemudahan di Pusat Penjaja Kabong kini semakin baik termasuk bekalan air yang semakin stabil terutamanya ketika musim perayaan. […]

Lebuk Melanau ikon baharu warisan Sarawak

KUCHING: Lebuk Melanau yang bakal dibina di Wisma Melanau disasarkan siap menjelang 2029 sekali gus menjadi ikon baharu yang mencerminkan warisan komuniti Melanau di Sarawak. Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh berkata, pelaksanaan projek berkenaan dijadual bermula dalam tahun ini selepas mendapat persetujuan kerajaan negeri. “Peruntukan awal sebanyak […]

Projek bina tangki air tampung keperluan Kampung Baru, kawasan sekitar siap 12 bulan

SAMARAHAN: Projek penggantian paip lama bagi menampung keperluan penduduk Kampung Baru dan kawasan industri sekitar di sini, bakal bermula pada tahun ini. Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah merangkap Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang berkata projek tersebut dijangka siap dalam tempoh 12 bulan. “Apabila siap kelak, sistem bekalan air akan menjadi lebih stabil […]

Kenderaan 4WD guna diesel banyak di Sarawak, Sabah, subsidi wajar dikekal — Abdul Karim

SAMARAHAN: Subsidi diesel di Sabah dan Sarawak diharap dapat dikekalkan bagi memastikan rakyat di kedua-dua negeri tidak terbeban dengan kenaikan kos sara hidup. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata ini kerana penggunaan kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang menggunakan diesel adalah tinggi di Sarawak dan Sabah […]

MPI bantu tangani kekangan jururawat

SIBU: Methodist Pilley Institute (MPI) melakar pencapaian baharu dengan pelancaran Program Diploma Kejururawatan, di sini hari ini. Majlis tersebut disempurnakan Timbalan Menteri Kesihatan, Dato Hanifah Hajar Taib. Dalam ucapannya, Hanifah berkata penubuhan program itu tepat pada masanya ketika Malaysia berdepan kekurangan jururawat terlatih. Menurutnya, permintaan terhadap tenaga kejururawatan semakin meningkat susulan pertambahan populasi warga emas […]

Sarawak catat 22,355 penerima bantuan warga emas setakat Februari 2026

KUCHING: Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) memberikan Bantuan Warga Emas sebanyak RM13.413 juta bagi seluruh Sarawak, setakat Februari 2026. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, bantuan terbabit berjumlah RM600. “Sebanyak 22,355 kes merupakan penerima Bantuan Warga Emas (di Sarawak) yang berjumlah RM600,” katanya. Beliau berkata demikian ketika Majlis […]