KUCHING: Kerajaan menyediakan talian kecemasan 15999 yang berperanan penting sebagai saluran perlindungan kanak-kanak di negara ini. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Nancy Shukri berkata, talian kecemasan terbabit juga menerima peningkatan panggilan. “Peningkatan panggilan diterima menunjukkan tahap kesedaran awam semakin meningkat,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan penutupan Program PERANTIS dan Pameran Dayung […]
SUKMA: Sarawak sasarkan ulangi kejayaan
SIMANGGANG: Sarawak meletakkan sasaran jelas untuk mempertahankan kejuaraan keseluruhan temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 yang bakal berlangsung di Selangor Darul Ehsan. Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, sasaran tersebut merupakan cabaran besar memandangkan SUKMA 2026 melibatkan penganjuran di sembilan daerah di Selangor serta satu daerah di Negeri Sembilan […]
Tanjung Datu lokasi pilihan sumbangan bakul makanan Petronas
LUNDU: Seramai 250 keluarga daripada golongan memerlukan di kawasan Tanjong Datu menerima sumbangan bakul makanan sempena sambutan Tahun Baharu Cina di sini, hari ini. Sumbangan itu diagihkan menerusi program Petronas Memacu Kehidupan di Dewan Masyarakat Daerah Lundu, di sini. Majlis berlangsung dalam suasana muhibah menyaksikan kolaborasi di antara Petronas dan kepimpinan tempatan untuk menjaga kebajikan […]
Zon Utara juarai SUKSAR 2026
SIMANGGANG: Kontinjen Zon Utara muncul juara keseluruhan pada Temasya Sukan Sarawak (SUKSAR) Edisi Ke-IV 2026 selepas majlis penangguhan di sini, hari ini. Keputusan itu menyaksikan Zon Utara mendominasi carta pingat dengan 39 emas, 37 perak dan 32 gangsa, sekali gus mengesahkan keunggulan kontinjen berkenaan sepanjang temasya dwitahunan itu. Zon Selatan mengekori di tempat kedua dengan […]
Peruntukan selenggara jalan persekutuan meningkat di Sarawak, Sabah
KUCHING: Kementerian Kerja Raya (KKR) menyangkal dakwaan Kerajaan Persekutuan mengabaikan penyelenggaraan jalan persekutuan di Sarawak dan Sabah. Menteri Kerja Raya, Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi berkata ini kerana sebanyak RM200 juta diperuntukkan bagi kerja-kerja menyelenggara jalan persekutuan di Sarawak di bawah program memperkasa kontraktor bumiputera G1-G4 tahun 2026. Katanya, ini berbanding hanya sebanyak RM50 juta […]
Kerajaan GPS perkasakan pembangunan sukan, Premier bangga pencapaian atlet SUKSAR
SIMANGGANG: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bangga terhadap pencapaian atlet tempatan termasuk kejayaan petinju negara dari Sri Aman, Kilat Boy dan atlet badminton perseorangan dari Miri. Katanya, atlet terbabit berjaya mencapai kedudukan tinggi di peringkat kebangsaan. Beliau sehubungan itu mengucapkan tahniah kepada semua atlet dan pemenang SUKSAR yang berakhir hari […]
Laman sesawang jadi platform SIWA perluaskan capaian
KUCHING: Persatuan Wanita India Sarawak (SIWA) melancarkan laman sesawang persatuan itu, di sini, hari ini. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri yang melancarkan laman sesawang persatuan itu berkata, persatuan berkenaan memberi sumbangan aktif dalam meningkatkan kebajikan, kemahiran serta keyakinan wanita India di Sarawak. Nancy berkata dalam era digital masa kini, kewujudan […]
Pendidikan antara aspek keutamaan Parlimen Igan
SIBU: Persatuan Guru Besar Malaysia (PGBM) Cawangan Daro menerima sumbangan sebanyak RM10,000 bagi menyokong pelaksanaan aktiviti persatuan. Sumbangan itu diterima daripada Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi ketika merasmikan Majlis Titian Bakti, Legasi Terpatri bagi meraikan guru besar yang bakal bersara dan berpindah anjuran persatuan itu di sini, semalam. Ia juga sebagai simbol penghargaan terhadap […]
Sektor strategik sasarkan 500,000 pekerja mahir
SARIKEI: Pembangunan tenaga kerja mahir dilihat sebagai keperluan utama bagi menyokong pertumbuhan sektor ekonomi bernilai tinggi termasuk tenaga boleh diperbaharui, aeroangkasa, ekonomi digital dan pembuatan berteknologi maju. Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, penglibatan dalam sektor berkemahiran tinggi mampu menyediakan peluang pekerjaan yang lebih berkualiti serta meningkatkan […]
Sarawak perkukuhkan ekosistem pembiayaan mampan
KUALA LUMPUR: Pelaburan strategik Kerajaan Sarawak dalam AFFIN merupakan langkah berwawasan bagi membina sinergi kewangan jangka panjang. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, langkah itu sekali gus memperkukuh ekosistem pembiayaan yang mampan dalam menyokong agenda pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negeri. Beliau berkata, Sarawak telah mengambil satu langkah strategik pada tahun […]
