KUCHING: Kerajaan diminta mempertimbang agar memindahkan 47 rumah di Kampung Melango, Saratok yang mengalami hakisan teruk ke Skim Pembesaran Kampung (SPK) Pagan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, dengan 168 isi rumah
hakisan tebingan sungai di Kampung Melango, perlu diberikan perhatian serius memandangkan terdapat banyak struktur tebing yang semakin terhakis.
“Kejadian hakisan tanah di Kampung Melango yang melibatkan lima kampung iaitu bermula dari Kampung Pagan hingga ke anak Sungai Melango berlaku sejak 2015. Menyedihkan apabila tiga rumah runtuh ke dasar Sungai Batang Krian meskipun pelbagai langkah telah diambil.
“Pemindahan ini perlu dilakukan segera demi keselamatan penduduk yang berisiko. Saya juga memohon agar Kerajaan Sarawak membina projek penahan hakisan di sepanjang Sungai Krian bagi mencegah hakisan yang lebih buruk,” katanya ketika membahas Rang Undang-Undang Perbekalan (2025), 2024 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Mohamd Duri mahu tindakan segera perlu diambil bagi mengatasi masalah hakisan sungai yang berlaku di tebingan Kampung Hilir Kupang.
“Ini memandangkan jalan yang digunakan oleh penduduk terlalu dekat dengan kawasan hakisan dan dibimbangi terus merebak jika tiada tindakan diambil.
Ia sekali gus membabitkan keselamatan awam terutamanya penduduk kampung tersebut, katanya.
