500 hektar dibangun tanaman padi di Limbang, Lawas

LIMBANG: Sarawak mensasarkan membangunkan kira-kira 14,000 hektar kawasan penanaman padi dan 500 hektar dikenal pasti di daerah Limbang dan Lawas.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi, dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, bagi daerah Limbang kementerian itu mengenal pasti 400 hektar kawasan penanaman padi di Kampung Pendam.

” Di Lawas, kita mengenal pasti 100 hektar di kawasan Sundar,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penangguhan dan Penyampaian Hadiah Festival Kesenian Islam Daerah Limbang di Dewan Suarah Limbang di sini, semalam.

Turut hadir ialah Pegawai Daerah Limbang Sulaiman Engal, Wali Kota Majlis Daerah Limbang, Kaunselor Sufian Mohat dan Pegawai Agama Islam Bahagian Limbang, Ustaz Awang Abdul Rahim Awang Rosely.