KUCHING: Seramai 600 kanak-kanak tadika SeDidik menjalani saringan bagi pengesanan awal kelewatan perkembangan melalui program Toy8 di negeri ini sejak 2024.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, dari saringan itu seramai 59 kanak-kanak terbabit telah dikenal pasti memerlukan intervensi.
“KPWK Sarawak telah bekerjasama dengan Toy8, sebuah perusahaan sosial dari Jepun untuk menyediakan alat saringan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Penutup Persidangan Antarabangsa Ke-6 Mengenai Pendidikan Khas (ICSE) 2025 : Teknologi Untuk Oku – Laluan Kepada Penyertaan, di sini, hari ini.
Fatimah berkata, bagi membina kapasiti jangka panjang, seramai enam jurulatih utama bertauliah dan 30 pendidik awal kanak-kanak SeDidik telah dilatih untuk menyampaikan perkhidmatan ini di seluruh negeri.
