GEDONG: Perahu lumba ‘King Peddle GT’ dinobat sebagai Raja Sungai Daerah Gedong apabila menjuarai acara regata perahu bidar dengan 30 pengkayuh akhir dalam Regata Gedong hari ini.
Pasukan King Peddle GT membawa pulang Piala Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Abang Johari Tun Openg yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.26 Gedong dan hadiah wang tunai RM15,000.
Hadiah berupa sebuah piala dan replika cek wang tunai disampaikan oleh Wakil Khas Premier di DUN N.26 Gedong, Dato Sri Mohd Naroden Majais.
Naib juara disandang pasukan MRT Gedong menerima hadiah sebuah piala dan wang tunai RM10,000, manakala tempat ketiga juga dimenangi pasukan Landas Azam Kasihnya Warisan 3 yang mendapat hadiah sebuah piala dan hadiah RM7,000.
King Peddle GT turut berjaya merebut piala Dato Sri Mohd Naroden Majais dan piala Ahli Parlimen P.200 Batang Sadong, Rodiyah Sapiee.
Rodiah turut menyampaikan hadiah kepada pemenang.
