Sarawak mahu model pembiayaan alternatif tangani sekolah usang

KUCHING: Sarawak mahu kementerian berkaitan peringkat Kerajaan Pusat bekerjasama menghasilkan model pembiayaan alternatif bagi menangani isu sekolah usang.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee berkata, antaranya Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Saya percaya Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi dan KPM akan dapat mengatur strategi dan menghasilkan model pembiayaan alternatif yang sesuai,” katanya.

Beliau berkata demikian di Majlis Penangguhan Taklimat Koordinasi Pembangunan Sekolah Di Sarawak di, Wisma Sabati, di sini, hari ini.

Roland Sagah turut mengesa semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) membantu Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD) memantau projek sekolah di kawasan masing-masing.

Katanya, sebarang isu berbangkit di kawasan masing-masing boleh dikemukakan terus kepada kementeriannya atau Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS).