Rangkaian 5G dilaksana mulai 15 Jun depan

KAPIT: Penduduk di sini, akan menerima manfaat menerusi pemasangan capaian rangkaian 5G pada 15 Jun depan.

Timbalan Menteri Digital, Datuk Wilson Ugak Kumbong berkata, Digital Nasional Berhad (DNB) telah menjalankan kerja-kerja awal membawa fasiliti dari Kuala Lumpur ke bandar ini.

Katanya, DNB akan memasang 5G di atas menara Majlis Daerah Kapit (MDK) dan akan diselaraskan serta merangkumi kawasan radius lima kilometer (km).

“Kita akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan syarikat telekomunikasi (telco).

“Ini pencapaian yang harus diberikan kepada rakyat di luar bandar,” jelasnya selepas menghadiri Pengerami Mantar Gawai Dayak Bahagian Kapit Tahun 2024 di Dewan Suarah Kapit, malam tadi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Hulu Rajang itu juga akan memohon pemasangan 5G di Belaga pada masa akan datang kerana pekan itu mempunyai hospital dan pentadbiran kelemahan dari 4G.

“Belaga juga mempunyai tenaga seperti di Bakun, Murum dan sebagainya. Saya mohon daripada kementerian supaya 5G ini akan dipasang di Kapit dan pekan Belaga,” ujarnya.

Majlis dirasmi Menteri Kerja Raya yang juga Ahli Parlimen Kapit, Dato Sri Alexander Nanta Linggi.