Pogram Jom Masuk U Zon Sarawak 2024 bantu pelajar ke IPT

KUCHING: Program Jom Masuk U Zon Sarawak 2024 amat relevan dalam membantu pelajar membuka mata terhadap pendidikan di institut pengajian tinggi (IPT).

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, ini kerana banyak kursus pengajian ditawarkan di peringkat IPT untuk dirujuk dan dapatkan khidmat nasihat terus dari IPTA atau IPTS yang terbabit pameran program itu.

”Saya juga percaya, Jom Masuk U 2024 ini membolehkan para pelajar memahami dan ada gambaran mengenai peluang yang boleh diceburi,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan dibacakan Timbalannya, Datuk Dr Annuar Rapa’ee semasa majlis perasmian program Jom Masuk U Zon Sarawak 2024, di sini, hari ini.

Roland berkata, sementara itu, melalui program terbabit IPT dapat menyelami keperluan atau apa sahaja kekangan yang dihadapi pelajar khususnya di Sarawak ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *