Kemajuan projek Hospital Petra Jaya capai 54.26 peratus

PETRA JAYA: Projek pembinaan Hospital Petra Jaya kini mencapai 54.6 peratus.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad berkata, ini menunjukkan kemajuan projek tersebut mendahului tiga bulan dari jadual asalnya.

“Saya tidak nampak masalah yang mungkin membolehkan projek ini tergendala lagi,” katanya selepas mengadakan lawatan ke projek hari ini.

Dzulkefly berkata, ia sekali gus menafikan kebarangkalian Hospital Petra Jaya beroperasi seawal Mei 2025.