KUCHING: Kerajaan Sarawak akan mengambil alih tiga perkara daripada Kerajaan Pusat tahun ini, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata, satu perkara itu telah diumumkan iaitu pengambil alihan Pelabuhan Bintulu dari Kerajaan Pusat baru-baru ini.
“Satu sudah (diumumkan), tunggu bulan ini ada lagi.
“Kita berterima kasih kepada Perdana Menteri dan Kerajaan Pusat atas pengambilalihan Pelabuhan Bintulu,” katanya selepas Majlis Amanat Perdana Premier Sarawak 2024 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.
Abang Johari bagaimanapun enggan mendedahkan butiran mengenai perkara pengambil alihan yang kedua yang akan diumumkan terbabit.
Namun, beliau mendedahkan perkara pengambil alihan ketiga ialah syarikat penerbangan MASwings yang sudah di peringkat akhir perbincangan.
