SARATOK: Seramai 21 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Abdul Rahman Saratok menerima bantuan pembelian cermin mata berjumlah RM250 seorang.
Bantuan terbabit diserahkan dalam satu majlis di Dewan Pejabat Daerah Saratok di sini, hari ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata bantuan merupakan lambang komitmen dan kepedulian terhadap masa depan generasi muda.
“Ini khususnya dalam memastikan tiada anak-anak kita yang tercicir daripada arus pendidikan hanya kerana halangan penglihatan,”katanya.
Beliau berkata demikian dalam teks ucapan pada majlis itu dibacakan Ahli Majlis Daerah Saratok, Kaunselor Majid Amit Zainuddin.
