LUNDU: Ahli Jawatankuasa (AJK) Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N3 Tanjong Datu bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu menyantuni empat keluarga yang kehilangan ahli keluarga di sini, semalam.
AJK terbabit bersama ADUN Tanjong Datu, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan menyantuni rumah Allahyarhamah Hatifah Jiee yang merupakan Timbalan Ketua Wanita Pergerakan Wanita Parti PBB N3 Tanjong Datu di Kampung Tanah Hitam 1.
Kemudian mereka meneruskan kunjungan dan menyampaikan sumbangan kepada keluarga mendiang Budi Kicho di Kampung Pueh.
Seterusnya mereka menyantuni rumah Allahyarham Amirul Fahmi Emran di Kampung Sg Langgir /Selengok yang merupakan anak kepada Ketua Kaum (KK) Emran yang meninggal dunia 3 Ogos lalu.
Selepas itu, mereka menyantuni keluarga Allahyarham Awan Kiprawi yang merupakan ibu kepada KK Sampadi, Zamri Ambi yang meninggal dunia 9 Ogos lalu.
