Author: Jiwa Bakti

Ahmad Johnie gesa KPM kaji semula status sekolah pedalaman Sarawak

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) digesa mengkaji semula cadangan perubahan status sekolah pedalaman di Sarawak bagi memastikan kebajikan dan keselamatan guru yang berkhidmat di luar bandar serta pedalaman terus terpelihara. Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi berkata, penilaian semula status sekolah perlu dilaksanakan secara adil dan telus dengan mengambil kira jarak, masa perjalanan, keadaan […]

Bajet Sarawak 2027: GPS tekad jadikan Sarawak maju makmur

KUCHING: Dengan anggaran pendapatan berjumlah RM15.091 bilion dan sebanyak RM14.845 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus, Belanjawan Sarawak 2027 diunjurkan mencatat lebihan sebanyak RM246 juta. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, lebihan belanjawan itu mencerminkan usaha Sarawak menguruskan kewangan secara berhemat bagi memenuhi keperluan semasa di samping membuat persediaan menghadapi cabaran […]

RM28 juta perkukuhkan SPay Global 2027

KUCHING: Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM28 juta bagi memperkukuhkan platform pembayaran digital SPay Global pada 2027. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, langkah itu sekali gus memperluaskan peranannya dalam perkhidmatan kewangan digital dan penyaluran bantuan kerajaan. Jelasnya, SPay Global yang sebelum ini dikenali SarawakPay berkembang daripada dompet elektronik tempatan kepada platform […]

Belanjawan Sarawak 2027 perkukuhkan kebajikan rakyat

KUCHING: Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM650 juta bagi meneruskan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) pada 2027 dalam usaha meringankan beban kos sara hidup rakyat. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, isi rumah B40 yang layak akan menerima RM1,100, warga emas RM600 dan individu bujang RM375. “Kerajaan turut meneruskan diskaun bil elektrik […]

Belanjawan Sarawak 2027 unjur hasil tertinggi RM15.091 bilion

KUCHING: Kerajaan Sarawak mengunjurkan hasil negeri mencecah RM15.091 bilion pada 2027, iaitu anggaran tertinggi dengan peningkatan RM2.042 bilion atau 16 peratus berbanding RM13.049 bilion pada 2026. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Belanjawan Sarawak 2027 dijangka mencatat lebihan RM246 juta berdasarkan perbelanjaan biasa berjumlah RM14.845 bilion. “Daripada jumlah itu, RM5.747 […]

Ekonomi Sarawak dijangka berkembang hingga 6% pada 2027

KUCHING: Ekonomi Sarawak diunjurkan berkembang antara 5.0 hingga 6.0 peratus pada 2027, didorong permintaan domestik yang kukuh serta pelaksanaan berterusan pelbagai projek pelaburan dan pembangunan. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, unjuran itu menunjukkan prospek pertumbuhan lebih positif berbanding 2026 apabila ekonomi negeri dijangka berkembang antara 4.5 hingga 5.0 peratus, […]

Juara Bintang P. Ramlee 2026 bawa pulang RM20,000

KUCHING: Persembahan mantap menerusi lagu Derita membawa tuah kepada Mohamad Faghrul Azhar Mohamad Zabandi atau lebih dikenali sebagai Rul Azhar dari Zon Utara apabila dinobatkan sebagai juara Kemuncak Bintang P. Ramlee 2026. Kejayaan itu menyaksikan beliau membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 beserta trofi dan sijil selepas berjaya menewaskan lima finalis lain pada pertandingan yang […]

Belanjawan Sarawak 2027 diyakini perkukuhkan pembangunan luar bandar

KUCHING: Belanjawan Sarawak 2027 yang akan dibentang Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada hari ini diyakini akan terus memberi keutamaan kepada pembangunan luar bandar. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine berkata, selain itu, turut memperkukuhkan pembangunan kawasan bandar. Menurutnya, Premier Sarawak dalam mesyuarat prapersidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) […]

Peruntukan RM16.2 bilion buka peluang keusahawanan belia

SIBU: Peruntukan pembangunan RM16.2 bilion kepada Sarawak menerusi Belanjawan 2027 dijangka membuka lebih banyak peluang keusahawanan kepada belia. Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Dr Ripin Lamat berkata, ini khususnya melalui pembangunan infrastruktur dan jaringan telekomunikasi. Katanya, pembangunan jalan raya, jambatan dan jaringan telekomunikasi akan memperluaskan akses pasaran serta merancakkan aktiviti ekonomi di […]

Pembangunan insan perlu sejajar aspirasi Malaysia MADANI

KUCHING: Buku 20 Ayat Membina Insan Bertakwa dan Risalah Selawat MADANI terbitan Pertubuhan MADANI Gemilang diluncurkan di Masjid Ikhwanul Islam, Taman Sukma, Petra Jaya, hari ini. Timbalan Perdana Menteri Datuk Amar Fadillah Yusof meluncurkan buku terbabit ketika merasmikan Program Kerohanian Bina Insan MADANI 3.0 (2026) di masjid terbabit. Fadillah berkata, sejajar aspirasi Malaysia MADANI, pembangunan […]