Author: Jiwa Bakti

Pengambilalihan Pelabuhan Bintulu perkukuhkan sektor logistik Sarawak

KUCHING: Pengambilalihan sepenuhnya Pelabuhan Bintulu daripada Kerajaan Persekutuan membolehkan Kerajaan Sarawak memperkukuhkan pengurusan pelabuhan serta membangunkan rangkaian logistik secara bersepadu. Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Majang Renggi berkata, langkah itu memastikan aset strategik negeri diurus demi kepentingan ekonomi dan hak Sarawak di bawah MA63. Menurutnya, Pelabuhan Bintulu yang merupakan pintu masuk perdagangan utama […]

Hab gas Miri sasar tarik pelaburan, perkukuhkan industri hiliran

KUCHING: Kerajaan Sarawak sedang membangunkan Miri sebagai hab gas strategik bagi merancakkan industri hiliran minyak dan gas, menarik pelaburan baharu serta mewujudkan peluang pekerjaan bernilai tinggi kepada rakyat tempatan. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh berkata, usaha itu dilaksanakan menerusi Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) di bawah Pelan Hala […]

1,059 permohonan jawatan baharu KMKK dinilai

KUCHING: Sebanyak 1,059 permohonan pewujudan jawatan baharu Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) di seluruh Sarawak kini dalam proses penilaian dan penelitian lanjut sebelum dikemukakan untuk pertimbangan serta kelulusan. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk Jefferson Jamit Unyat berkata, jumlah itu termasuk permohonan bagi beberapa kawasan di Daerah Lundu yang diteliti berdasarkan keperluan serta […]

SALCRA berpotensi terokai industri bahan api penerbangan mampan

KUCHING: Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) berpotensi menjadi antara pemain baharu dalam rantaian industri bahan api penerbangan mampan (SAF) berasaskan sisa kelapa sawit. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kejayaan meneroka bidang tersebut bukan sahaja memberi nilai tambah kepada industri kelapa sawit, malah berpotensi mewujudkan sumber ekonomi baharu […]

Sarawak sasar pengiktirafan antarabangsa pelancongan perubatan

KUCHING: Sarawak berhasrat memperkukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pelancongan perubatan bertaraf antarabangsa. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ia menawarkan perkhidmatan kesihatan berkualiti, kepakaran profesional dan tahap kepercayaan tinggi. Jelasnya, usaha itu memerlukan peningkatan berterusan dalam mutu rawatan, pengalaman pesakit, kemudahan teknologi serta kerjasama strategik antarabangsa. “Kecemerlangan […]

Diskaun bil elektrik 25% diteruskan

KUCHING: Lebih 700,000 pengguna domestik di Sarawak bakal terus menikmati diskaun bil elektrik 25 peratus sepanjang 2027. Pengurangan itu sekali gus membantu mengurangkan perbelanjaan bulanan isi rumah. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata,Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM281 juta bagi mengekalkan pengurangan itu. “Kerajaan turut meneruskan subsidi bil air RM5 sebulan yang […]

GIATMARA Sarawak berjaya buktikan keberkesanan TVET

KUCHING: GIATMARA Negeri Sarawak terus membuktikan keberkesanan latihan teknikal dan vokasional (TVET) apabila mencatatkan kadar kebolehpasaran graduan yang luar biasa sebanyak 99.8 peratus bagi tahun 2025. Ahli Lembaga Pengarah GIATMARA, Meor Mohd Khairy Meor Abdullah Zawawi berkata, pencapaian tinggi ini mencerminkan keupayaan institusi dalam melahirkan tenaga kerja yang berdisiplin, berdaya tahan, dan berjati diri teguh. […]

Kaji semula elaun guru KAFA – Ahmad Johnie

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Igan mencadangkan supaya skim lantikan lebih berstruktur termasuk lantikan tetap bagi guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang memenuhi syarat kelayakan dan tempoh perkhidmatan. Ahmad Johnie Zawawi berkata, guru KAFA bukan sekadar mengajar pendidikan agama, tetapi turut membentuk akhlak dan sahsiah generasi masa depan negara. “Kebajikan serta jaminan kerjaya mereka […]

RM742 juta bina jalan baharu

KUCHING: Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM742 juta untuk membina jalan raya baharu dan jambatan di negeri ini tahun depan, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Beliau yang juga Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu berkata, peruntukan tersebut untuk membina tujuh jalan raya dan jambatan, untuk program transformasi jambatan luar bandar dan kerja […]