KUCHING: Pelaksanaan projek pembangunan di Balingian perlu dipercepatkan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Dr Abdul Yakub Arbi. Menurutnya, ini bagi memastikan kemudahan asas dan peluang ekonomi dapat dinikmati rakyat. “Sebanyak RM833.5 juta diluluskan bagi pelaksanaan pelbagai projekpembangunan di kawasan itu. “Jumlah tersebut termasuk RM122.5 juta bagi enam projek di bawah Agensi Pembangunan Delta […]
Bina benteng elak hakisan di Jepak
KUCHING: Pembinaan benteng hakisan pantai dan pemecah ombak di Jepak, Bintulu, amat penting untuk mengurangkan kesan hakisan ombak terutamanya di kawasan Pusat Pentadbiran Bersepadu Bintulu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee mengesyorkan benteng itu dibina dari muara Batang Kemena hingga ke lokasi. Katanya, ia merupakan cadangan untuk pembinaan masjid baharu berdekatan tapak perumahan […]
Jejak warisan pendekatan pelihara sejarah, budaya Sarawak
KUCHING: Pelbagai usaha dipergiat bagi memelihara khazanah sejarah dan budaya Sarawak menerusi pembangunan jejak warisan, pendokumentasian sejarah tempatan serta penggunaan platform digital bagi menarik minat masyarakat dan pelancong. Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Snowdan Lawan, berkata pendekatan itu turut melibatkan komuniti dan pertubuhan berkaitan bagi memastikan warisan negeri direkod, dipelihara serta […]
224 kelahiran Sarawak didaftarkan sebagai bukan warganegara
KUCHING: Seramai 224 kanak-kanak yang lahir di Sarawak didaftarkan sebagai bukan warganegara bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, jumlah itu berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Beliau berkata, antara ialah kanak-kanak didaftarkan sebagai bukan warganegara atau diberikan sijil kelahiran berwarna merah jambu […]
Bahasa Melayu bukan syarat kemasukan, wajib dipenuhi sebelum graduasi
KUCHING: Pelajar yang memasuki institusi pengajian tinggi (IPT) swasta di Sarawak tanpa kelulusan Bahasa Melayu tetap diwajibkan memenuhi keperluan bahasa kebangsaan sebelum dianugerahkan diploma atau ijazah. Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, perkara itu jelas diperuntukkan di bawah Seksyen 41(5) Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555). […]
Pertambahan kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu melalui pindaan Perlembagaan
KUCHING: Cadangan menambah kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak masih belum dapat dilaksanakan meskipun mendapat persetujuan secara prinsip daripada Jemaah Menteri Persekutuan kerana beberapa proses perundangan dan perlembagaan perlu diselesaikan terlebih dahulu. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, pelaksanaannya memerlukan persetujuan mengenai formula […]
5,775 lot tanah NCR Tebedu siap diukur
KUCHING: Sebanyak 5,775 lot tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) seluas 5,603 hektar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebedu siap diukur setakat 30 September lalu. Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, sebanyak 4,136 surat hak milik tanah di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak didaftarkan dan penyerahannya dilaksanakan […]
Cabaran muka bumi kekang perluasan bekalan elektrik Ngemah
KUCHING: Keadaan muka bumi yang mencabar, kesukaran mengakses tapak projek dan urusan mendapatkan kebenaran laluan antara kekangan utama dalam usaha memperluaskan liputan bekalan elektrik ke rumah panjang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ngemah. Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy dan PETROS), Datuk Ibrahim Baki berkata, cabaran itu perlu ditangani bagi memastikan pelaksanaan Projek Bekalan Elektrik […]
Pewartaan cuti umum perlu seimbang kebajikan pekerja, ekonomi
KUCHING: Pewartaan cuti umum di Sarawak perlu dilaksanakan secara terancang dengan mengambil kira kebajikan pekerja, kepentingan ekonomi negeri serta kelancaran perkhidmatan awam. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee berkata, sebarang perubahan dasar cuti perlu diteliti secara menyeluruh bagi memastikan keseimbangan antara kepentingan pekerja dan keperluan ekonomi. Katanya, cuti umum mampu merancakkan sektor pelancongan, […]
Jawatankuasa penasihat perluaskan usaha pelihara sejarah Sarawak
KUCHING: Penubuhan jawatankuasa penasihat yang menghimpunkan ahli sejarah dan wakil masyarakat wajar dipertimbangkan bagi memperkukuhkan usaha mendokumentasikan, memelihara serta mewariskan khazanah sejarah Sarawak untuk generasi akan datang. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, penglibatan golongan berkenaan penting bagi memastikan sejarah negeri direkodkan secara menyeluruh, termasuk sumbangan tokoh terdahulu dan peristiwa […]
