Author: Jiwa Bakti

Permohonan permit CSP perlu dikemuka kepada pengarah hutan

KUCHING: Permit Kajian Karbon Hutan (CSP) adalah penting kerana ia membolehkan pelaksanaan kajian awal secara menyeluruh sebelum lesen karbon hutan dikeluarkan oleh kerajaan. Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Sallehberkata, melalui permit ini, pihak pemaju dapat menilai daya maju projek dari segi teknikal, termasuk potensi penyerapan dan pelaporan karbon […]

Peruntukan RM73 juta perkukuhkan infrastruktur elektrik Betong

KUCHING: Sarawak Energy memperuntukkan RM73 juta bagi melaksanakan projek penambahbaikan infrastruktur bekalan elektrik di Bahagian Betong, termasuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka. Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Sarawak Energy dan Petros), Datuk Ibrahim Baki berkata, ia bagi meningkatkan kestabilan dan kebolehpercayaan bekalan kepada pengguna. Empat projek naik taraf sistem bekalan elektrik turut dirancang untuk […]

11 entiti buru kredit karbon hutan di Sarawak

KUCHING: Sebanyak 11 entiti kini terlibat dalam usaha perdagangan kredit karbon hutan di Sarawak, dengan tiga daripadanya sudah memperoleh Lesen Karbon Hutan bagi kawasan berjumlah 56,806 hektar. Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, dua lesen baharu diluluskan kepada pemegang projek, manakala satu lagi masih dalam proses validasi […]

Belanjawan 2027 komprehensif, tingkatkan sosioekonomi rakyat

KUCHING: Belanjawan Sarawak 2027 diyakini mampu meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat menjelang 2030. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, langkah itu sekali gus mampu merapatkan jurang pembangunan di antara bandar dan luar bandar. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai, menambah, peruntukan RM6.4 bilion atau 64 peratus […]

Penamatan permit penyimpanan CO₂ perlu patuhi syarat

KUCHING: Permit penyimpanan karbon dioksida (CO₂) hanya boleh ditamatkan selepas tempoh minimum 20 tahun daripada tarikh penutupan tapak. Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr Hazland Abang Hipni, berkata ini juga tertakluk kepada pematuhan syarat yang ditetapkan. “Penamatan permit penyimpanan tertakluk kepada Pihak Berkuasa berpuas hati bahawa CO₂ yang disimpan kekal terkandung […]

Pusat Kebudayaan FORUM bakal berlangsung November depan

KUCHING: Jawatankuasa Pembangunan Kedaya Telang Usan mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini. Kunjungan diketuai Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala itu melibatkan wakil Persekutuan Persatuan-Persatuan Orang Ulu Malaysia (FORUM), […]

Projek naik taraf Jalan Bukit Saga capai kemajuan fizikal 37.24 peratus

KUCHING: Projek menaik taraf Jalan Bukit Sagan/ Nanga Merit/ Ulu Lubai, Batu Danau di Bahagian Limbang dijangka siap pada 12 Jun 2027. Tempoh projek bermula 13 Jun 2025 membabitkan kerja penurapan jalan sepanjang 13.6 kilometer (km) dan pembinaan empat jambatan baharu membabitkan anggaran kos naiktaraf sebanyak RM44,548,676.50. Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (Pembangunan Infrastruktur) […]

Tangani segera tiga isu utama belenggu penduduk DUN Kalaka

KUCHING: Kerajaan Sarawak digesa mengambil langkah berkesan dalam menangani tiga isu utama yang membelenggu penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka. Isu itu termasuk gangguan bekalan air, kesukaran memiliki kediaman serta ancaman banjir kilat di Pekan Saratok. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri, menegaskan bahawa isu itu melibatkan keperluan asas serta keselamatan rakyat […]

32 peserta sertai MTQBB mulai 26 Oktober ini

KUCHING: Seramai 32 peserta dari sembilan bandar raya dan wilayah utama di Borneo bakal menyertai Majlis Tilawah Al-Quran Bandaraya Se-Borneo (MTQBB) Tahun 1448H/2026M mulai 26 hingga 29 Oktober ini. Bertemakan Ummah Maju Makmur, program itu akan berlangsung di Dewan Kompleks Islam Sarawak, Kuching, melibatkan delegasi dari Sarawak, Sabah, Brunei Darussalam dan Kalimantan, Indonesia. Menurut kenyataan […]

Nikmat pembangunan, tiga projek RES perluaskan bekalan elektrik Daro

KUCHING: Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Daro merasai nikmat pembangunan yang dilaksanakan Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) pimpinan Premier Sarawak. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Dr. Safiee Ahmad yakin seluruh Sarawak turut merasai nikmat yang serupa dan pelbagai pembangunan dan kemajuan yang dilaksanakan Kerajaan GPS. Untuk bekalan elektrik umpamanya, sebelum ini hanya sekitar 30 […]