KUCHING: Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) mengadakan Mesyuarat Pengurusan Wisma Melayu Sarawak buat julung kali di Wisma Melayu Sarawak, di sini, hari ini. Mesyuarat itu dipengerusikan Timbalan Premier Sarawak yang juga Pengerusi AKYBMS, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. Mesyuarat itu bagi membincangkan penyelarasan pengurusan, operasi, pembangunan dan kesiapsiagaan Wisma Melayu Sarawak. Selain […]
Sarawak bakal wartakan aset warisan secara berperingkat
KUCHING: Kerajaan Sarawak akan mewartakan aset bernilai sejarah dan warisan secara berperingkat. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, langkah itu bagi memastikan khazanah negeri terus dilindungi untuk generasi akan datang. “Pewartaan itu bukan sahaja melibatkan bangunan dan monumen bersejarah, malah aset lain yang mempunyai nilai sejarah. […]
370 peserta terima bantuan Program LIFE
KUCHING: Seramai 370 peserta dari seluruh Sarawak menerima bantuan Program Pemerkasaan Keluarga Berpendapatan Rendah (LIFE) bagi tempoh 2023 hingga 2025. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata Program LIFE merupakan inisiatif Kerajaan Sarawak di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak. Katanya, program terbabit bagi membantu golongan […]
Jejambat Medan Jaya dijangka siap Julai 2027
BINTULU: Pihak kontraktor memberi jaminan projek pembinaan Jejambat Jalan Medan Jaya yang menghubungkan Jalan Tun Hussein Onn di sini akan siap sepenuhnya pada Julai 2027. Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, projek terbabit disasarkan siap mengikut jadual baharu selepas isu yang menjejaskan pelaksanaannya sebelum ini dikenal pasti dan diselesaikan. “Antara punca kelewatannya […]
Cadangan tubuhkan Persatuan AI Sarawak, mantapkan bakat digital
KUCHING: Perkembangan pesat kecerdasan buatan (AI) menuntut pengamal media bukan sahaja menguasai teknologi itu, malah memahami aspek perundangan, etika serta hak cipta dalam penghasilan kandungan. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol berkata, penggunaan AI kini merangkumi hampir setiap bidang termasuk kewartawanan, penciptaan kandungan, muzik, perfileman, animasi […]
Penyertaan wanita dalam politik boleh capai 60 peratus menjelang 2030
KUCHING: Penyertaan wanita dalam kepimpinan politik negara berpotensi melebihi sasaran 30 peratus, malah boleh mencapai 60 peratus menjelang 2030, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato Sri Nancy Shukri. Katanya, sasaran itu boleh dicapai sekiranya golongN itu diberi lebih banyak peluang. Menurutnya, pertambahan kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak juga wajar dilihat sebagai peluang […]
Cadangan kerjasama PBT Sarawak, Indonesia tangani pembakaran terbuka
KUCHING: Kerjasama antara pihak berkuasa tempatan (PBT) di Sarawak dengan PBT di Indonesia dicadang bagi meningkatkan kesedaran dan mengurangkan aktiviti pembakaran terbuka yang menjejaskan kualiti udara di negeri ini. Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr Hazland Abang Hipni berkata, langkah itu merupakan pendekatan mesra dalam menangani isu jerebu rentas sempadan. Menurutnya, […]
Ahmad Johnie terus perjuangkan pendidikan luar bandar
SIBU: Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie menegaskan pendidikan terus menjadi keutamaan yang akan diperjuangkannya pada persidangan Parlimen nanti. Beliau berkata, ini bagi memastikan anak-anak di luar bandar mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan setara. “Oleh itu, saya mengingatkan warga pendidikan agar terus melaksanakan amanah dengan dedikasi dan integriti. “Selain itu, menjadikan pengiktirafan ini sebagai suntikan […]
Siri Akhir GP Joran Belawai 13 Disember depan
TANJUNG MANIS: Sebanyak RM10,000 disumbangkan Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh untuk penganjuran Siri Akhir GP Joran Belawai yang dijadual berlangsung pada 13 Disember depan. Sumbangan itu katanya bagi memastikan kelancaran penganjuran pertandingan yang mampu memberi limpahan ekonomi kepada peniaga dan penjaja kecil di Belawai. Katatnya, sambutan terhadap […]
YKN, JKM sampaikan bantuan kepada keluarga mendiang Debra
PADAWAN: Yayasan Kebajikan Negara (YKN) menyampaikan bantuan tunai kepada keluarga mendiang Debra Moset, mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, Ulu Baram, 8 September lalu. Bantuan tunai RM3,000 menerusi pemberian ehsan kepada Keluarga/Mangsa Bencana (PEKA YKN) itu sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada keluarga mendiang. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap […]
