Author: Jiwa Bakti

Malam Merdeka KRT, JKKK Tanjung Patingan eratkan ukhwah ahli

KUCHING: Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Tanjung Patingan menganjurkan Majlis Makan Malam sempena Merdeka 2026 di Hotel Samudra di sini, malam tadi. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran Pegawai Penyelia KRT Zon Satok dari Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Sarawak, Dyg Rodziah Awg. Ibrahim. Hadir sama, Pengerusi KRT Patingan, […]

Arena Petanque Pantai Tanjung Kembang dinaik taraf

KABONG: Sebanyak RM187,000 diperuntukkan bagi menaik taraf Arena Petanque Pantai Tanjung Kembang di sini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata, projek berkenaan dilaksanakan menerusi peruntukan Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) bagi kawasan DUN itu. Menurutnya, antara skop penambahbaikan termasuk pemasangan lampu solar di sekitar arena bagi meningkatkan pencahayaan dan keselesaan […]

Disiplin, ilmu senjata terbaik bina masa depan cemerlang

SARIKEI: Disiplin dan ilmu pengetahuan perlu dijadikan bekalan utama pelajar dalam membentuk masa depan selain memanfaatkan peluang pendidikan sedia ada. Ahli Parlimen Tanjong Manis, Dato Ir. Yusuf Abd Wahab berkata, setiap pelajar mempunyai kelebihan dan potensi tersendiri. “Gunakan peluang yang ada, belajar bersungguh-sungguh dan manfaatkan segala bantuan yang disediakan,” katanya ketika merasmikan penutupan Program Mansang […]

Penduduk Mupong-Teluk Gelam bakal nikmati jalan baharu

SARIKEI: Penduduk Mupong akan mendapat kemudahan perhubungan darat yang lebih baik menerusi pembinaan jalan baharu sepanjang 5.8 kilometer (km) menghubungkan kawasan itu dengan Teluk Gelam, membabitkan kos lebih RM80 juta. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol berkata, projek berkenaan yang dimaklumkan Jabatan Kerja Raya (JKR) melibatkan […]

Teruskan momentum prestasi SPM SMK Sebauh

SEBAUH: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sebauh diharap dapat meneruskan momentum peningkatan prestasi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekolah berkenaan. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn, Gred Purata Negeri (GPN) sekolah itu bertambah baik daripada 5.29 pada 2024 kepada 5.19 tahun lalu. Katanya, peningkatan itu turut disokong peratus calon yang […]

Sarawakku Sayang 2026 Betong sasarkan 115,000 pengunjung

BETONG: Program Sarawakku Sayang 2026 Zon Tengah Bahagian Betong menyasarkan kehadiran sehingga 115,000 pengunjung sepanjang tiga hari penganjurannya. Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Unggah Embas berkata, program yang berlangsung mulai 25 hingga 27 September itu menghimpunkan 48 agensi membabitkan 158 jenis perkhidmatan untuk masyarakat. “Penganjur berharap program tersebut dapat mencatat rekod kehadiran baharu memandangkan […]

SAGC perkenal manual panduan penggubalan undang-undang

KUCHING: Kementerian, jabatan dan agensi kerajaan Sarawak kini mempunyai panduan khusus bagi memperkemaskan penyediaan cadangan perundangan sebelum dikemukakan kepada Jabatan Peguam Besar Negeri Sarawak (SAGC). Peguam Besar Negeri Sarawak, Dato Sri Saferi Ali berkata, Manual Penggubalan Perundangan Sarawak menyediakan panduan praktikal mengenai keperluan serta maklumat yang perlu disediakan dalam proses penggubalan undang-undang negeri. Katanya, manual […]

Pesta Limbang 2026 buka ruang perluas pasaran kepada industri, usahawan

LIMBANG: Pesta Limbang 2026 mampu perkukuhkan Limbang sebagai pusat perdagangan bagi memperluas dan meneroka peluang pasaran baharu di utara Sarawak. Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata ini selaras kedudukan strategik Limbang dalam Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei Darussalam–Indonesia–Malaysia–Filipina (BIMP-EAGA) yang bersempadan Brunei dan berjiran Kalimantan, Indonesia serta Sabah, Labuan. “Selain mempromosikan […]

Perantis Pendaya bimbing usahawan wanita Dayak

KUCHING: Program Perantis Pendaya 2.0 menyediakan latihan praktikal dan bimbingan mentor kepada usahawan wanita Dayak bagi membantu mengurus serta mengembangkan perniagaan. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri berkata, pendekatan program itu disesuaikan dengan persekitaran, budaya dan potensi usahawan wanita Dayak di Sarawak. “Perantis Pendaya 2.0 bukan sekadar menyuntik motivasi, tetapi menyediakan […]