Author: Jiwa Bakti

Pelancongan berasaskan tenaga hijau wujudkan bandar raya bersih

KUCHING: Program ‘Borneo Green Bike Tour’ yang menggunakan motosikal berasaskan elektrik menjadi pemangkin kepada industri pelancongan. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, program itu yang dijalankan Syarikat Smart Leisure & Travel Sdn Bhd ini bagi mempromosikan penggunaan motosikal elektrik dalam industri pelancongan dan tenaga hijau. “Ini […]

Pangkalan data biodiversiti diwujud, perkukuhkan sumber lestari

KUCHING: Kerajaan Sarawak bakal mewujudkan pangkalan data lengkap mengenai kepelbagaian biodiversiti di negeri ini bagi mengukuhkan pemuliharaan dan penerokaan sumber biodiversiti secara lestari. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, usaha ini akan dilaksana Sarawak Information Systems (SAINS) dengan matlamat mengumpulkan serta menyelaraskan data biodiversiti. Katanya, beliau telah meminta Pengerusi SAINS, […]

Sarawak terima cadangan DPPM

KUCHING: Pusat Sehenti (OSC) MIDS mengalu-alukan cadangan Drug Policy Program Malaysia (DPPM) yang memilih Sarawak sebagai satu tempat untuk menjalankan program rintis ala dekriminalisasi. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK), Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, OSC MIDS Sarawak akan mula memberi penerangan kepada komuniti supaya menghayati faedah bukan penguatkuasaan. Faedah bukan penguatkuasaan itu […]

UKAS turun padang perjelas insiatif kerajaan

SIBU: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) akan menganjurkan lebih banyak program yang melibatkan Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen di seluruh Sarawak. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol berkata, program itu adalah sebagai usaha untuk menerangkan inisiatif bantuan kerajaan kepada rakyat. Sebanyak […]

Manfaatkan dana untuk aktiviti komuniti

TATAU: Banjir melanda daerah ini Januari lalu disifatkan sebagai terburuk dalam sejarah sejak 1963. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus merangkap Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk Sri John Sikie Tayai berkata, banyak kawasan rendah sepanjang Batang Anap dan Sungai Kakus ditenggelami air dan terputus hubungan termasuk rumah panjang di Sungai Entajum, Sungai Sangan dan […]

Panglima Briged Kesembilan lawat mangsa banjir

MUKAH: Panglima Briged Kesembilan Infantri Malaysia (9 Bgd), Brig Jen Jafri Sulaiman menyantuni mangsa banjir di Daerah Mukah dan Dalat, semalam. Dalam program kali ini, Panglima 9 Bgd melawat tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) iaitu PPS Belia Mukah, PPS MRSM Mukah dan PPS Stadium Perpaduan Dalat. Semasa lawatan, Pegawai Memerintah Batalion Keenam Rejimen Sempadan (6 […]

Raja Perempuan Kelantan berkenan cemar duli Kampung Budaya Sarawak

KUCHING: Raja Perempuan Kelantan Yang Maha Mulia Tengku Anis Ibni Almarhum Tengku Abdul Hamid berkenan mencemar duli ke Kampung Budaya Sarawak (KBS) sempena keberangkatan lawatan rasminya di Sarawak hari ini. Mengiringi Tengku Anis, adinda beliau, Raja Perempuan Kelantan Tengku Kesoma Mastika Tengku Anisah Almarhum Tengku Abdul Hamid dan Tengku Aniza Ibni Almarhum Tengku Abdul Hamid, […]

JKM Mukah teruskan agihan bantuan kepada mangsa banjir

MUKAH: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Mukah meneruskan operasi pengagihan bantuan kepada mangsa banjir di Mukah. Semalam, sebanyak 449 bakul makanan berjaya diagihkan kepada penduduk yang terkesan akibat banjir di enam kampung di sini. Kampung yang terlibat termasuk Kampung Sesok Baru, Sesok Lama, Penakub Ulu, Penakub Bazaar, Jebungan dan Kuala Jebungan. Timbalan Menteri Ekonomi Malaysia […]

PETROS hulur sumbangan RM2 juta bantu mangsa banjir

KUCHING: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) menghulurkan sumbangan berjumlah RM2 juta, dalam usaha membantu penduduk yang terjejas ekoran banjir yang melanda Sarawak baru-baru ini. Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengerusi PETROS Tan Sri Datuk Amar Dr Hamid Bugo kepada Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS). Majlis penyerahan […]