Author: Jiwa Bakti

Sumbangsih Raya tanda ingatan, penghargaan Kerajaan Sarawak

KUCHING: Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWKM) memperuntukkan sebanya RM474,255 untuk Program Sumbangsih Raya 2024. Menteri KPWKM, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, program itu sebagai menzahirkan tanda keprihatinan, ingatan ikhlas serta penghargaan Kerajaan Sarawak terhadap pengorbanan anggota keselamatan dan penguatkuasaan yang bertugas pada hari lebaran. “Tahun ini merupakan kali ke-34 Kerajaan Sarawak mengadakan […]

HDC bina 22 unit rumah Spektra Permata

BALINGIAN: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) Sarawak akan membina 22 unit Rumah Spektra Permata (RSP) di sini, bagi memenuhi keperluan penduduk. Pengerusi HDC Abdul Yakub Arbi berkata, projek itu akan dibina menerusi Skim Pembesaran Kampung (SPK) di bawah Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Mukah. “Pembinaan ini perlu bagi memenuhi keperluan rakyat untuk mendapatkan rumah di daerah […]

SABERKAS landasan penyatuan belia Sarawak

SIMANGGANG: Pertubuhan Belia KebangsaanBersatu Sarawak (SABERKAS) menjadi landasan penyatuan golongan belia untuk mencorak generasi pelapis pemimpin baharu. Presiden SABERKAS Negeri Sarawak merangkap Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, badan bukan kerajaan (NGO) itu banyak melahirkan pelapis pemimpin yang mempunyai jati diri kuat serta berjiwa rakyat. “Pertubuhan belia terbesar di Sarawak […]

Penubuhan Sekretariat Nukleus Narkotik usaha perangi penyalahgunaan dadah

KUCHING: Penubuhan Sekretariat Nukleus Narkotik (SNN) di Tebedu merupakan langkah strategik dalam usaha memerangi isu penyalahgunaan dadah di Sarawak. Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Dato’ Khaw Kok Chin, SNN berperanan sebagai pusat maklumat dan hubungan antara agensi tempatan dengan rakan sejawat mereka dalam pertukaran maklumat berkaitan penyeludupan dadah. Selain itu, ia […]

Penyerahan Sumbangsih Raya Rabu ini

KUCHING: Sebanyak 12,000 kontena Sumbangsih Raya akan diagihkan kepada 11 agensi penerima di Sarawak sempena Aidilfitri tahun ini. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, sebanyak empat jenismakanan dan minuman disediakan dalam kontena terbabit iaitu serunding daging, kek buah, kacang botak dan kopi serta teh untuk dinikmati petugas […]

Elak terjerat janji palsu sindiket penipuan dalam talian

KUCHING: Rakyat dinasihat agar tidak mudah terpengaruh dengan ganjaran lumayan yang dijanji oleh sindiket penipuan dalam talian. Menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, penipuan dalam talian diibarat dengan legenda Iban mengenai ‘Taju Remaong’ atau umpan harimau mistik. Katanya, legenda itu digunakan untuk menyuarakan kebimbangannya terhadap peningkatan bilangan mangsa penipuan dalam talian di […]

Kontraktor Bumiputera diingat tingkatkan kemampuan diri

SPAOH: Kontraktor Bumiputera Kelas C hingga E diingatkan menggunakan program kerajaan untuk meningkatkan kemampuan. Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, untuk itu, mereka boleh melakukan pendaftaran di pejabat Residen masing-masing. Katanya, selepas pendaftaran, Pejabat Residen akan memajukan permohonan mereka kepada jawatankuasa khas di Pejabat Kewangan Negeri. “Ia akan diakses jika anda layak […]

Peniaga guna kod QR, mudahkan pembeli

LUNDU: Peniaga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu disaran menggunakan kod QR pembayaran tanpa tunai. Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak (ADUN)Tanjong Datu, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan berkata, ini untuk memudahkan pembeli kerana tidak perlu membawa wang tunai yang banyak untuk membeli-belah. “Peniaga pula boleh menjimatkan masa di samping dapat menyimpan transaksi perniagaan,”katanya ketika […]