Exco Parti PBB Bawang Assan diberi penerangan masalah bekalan air

SIBU: Exco Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.53 Bawang Assan mengadakan lawatan ke Lembaga Air Sibu (LAS) di Jalan Salim, hari ini.

Setiausaha Politik Premier Sarawak, Romeo Christopher Tegong mengetuai program lawatan itu yang disertai Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) dari kawasan tersebut.

Peserta diberikan penerangan tentang masalah bekalan air di Sibu oleh LAS.

Antaranya ialah penerangan tentang penyelesaian jangka pendek dan panjang yang telah, sedang dan akan dijalankan dalam masa satu hingga dua tahun akan datang.

Setiap pelaksanaan projek ini memerlukan tempoh untuk disiapkan berdasarkan saiz projek.