BALINGIAN: Pemantauan akan kerap dilakukan terhadap perkembangan pembangunan projek di lapangan, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dougas Uggah Embas. Beliau yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan menegaskan, pemantauan itu bagi memastkan setiap projek dilaksanakan mengikut jadual. Uggah memberitahu demikian dalam rangka lawatan kerja turun padang selama lima hari dengan menaiki kenderaan bagi meninjau […]
SPK Kampung Hulu Kabong fasa satu terima lebih 800 permohonan
KABONG: Kerajaan Sarawak memperuntukkan sejumlah RM53 juta bagi menyediakan lebih 400 lot tanah rumah Skim Pembesaran Kampung (SPK) Kampung Hulu Kabong fasa satu dan dua. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir berkata, permintaan daripada penduduk belum memiliki rumah sendiri begitu tinggi dengan fasa satu telah menerima lebih 800 permohonan. “Jika diikutkan hanya […]
13 syarikat terima lesen peruncitan gas PETROS
KUCHING: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) meluluskan pemberian lesen bagi peruncitan gas kepada 13 syarikat pemain industri huluan gas. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, ini bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti bekalan dan penjualan gas asli kepada pengedar tunggal gas di Sarawak sejajar Seksyen 7(g) Ordinan Pengedaran Gas 2016. ”Selepas menerima lesen runcit, […]
Gua Niah tarik pelancong dunia
KUCHING: Gua Niah yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO baru-baru ini merupakan kejayaan besar dalam landskap pelancongan Sarawak. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pengiktirafan itu menandakan kejayaan wilayah ini memiliki ciri-ciri kekayaan budaya dan warisan semula jadi. Di samping itu, menunjukkan komitmen dalam memelihara kekayaan […]
Waspada kes penipuan pendawaian rumah
SARATOK: Projek Dana Permohonan Lewat dan Tambahan (ALAF) bagi membekalkan elektrik 24 jam kini sedang giat dilaksanakan di Kampung Hulu Perpat. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, ini membabitkan kerja-kerja pemasangan tiang dan kabel elektrik. Sehubungan itu, beliau mengingatkan masyarakat di kampung itu agar berhati-hati penipuan pihak tidak bertanggungjawab. “Ada pihak yang […]
13 projek Kerajaan Sarawak berjalan lancar
BINTULU: Semua projek yang dibiayai Kerajaan Sarawak di bahagian ini sedang berjalan lancar mengikut perancangan pelaksanaan. Timbalan Premier Sarawak yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ia membabitkan 13 projek. “Semua projek kerajaan negeri berjalan lancar,”katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pemantauan Projek Jaringan […]
IAC Bintulu komitmen kerajaan tingkatkan infrastruktur, perkhidmatan
BINTULU: Pusat Pentadbiran Bersepadu (IAC) Bintulu di Jepak apabila siap kelak akan memacukan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan penduduk, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Beliau yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan menegaskan, projek IAC itu dijangka siap penghujung Mac 2025. Dengan penambahan bangunan baharu itu, kerajaan yakin dapat menyediakan perkhidmatan lebih […]
Sarawak belum capai 100 peratus kanak-kanak hadiri tadika
LIMBANG: Sarawak mencatatkan hanya sebanyak 98.71 peratus anak-anak di tahun satu pernah menghadiri pendidikan awal kanak-kanak iaitu tadika atau prasekolah. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak Sarawak, Datuk Rosey Yunus berkata, ini belum mencapai 100 peratus kerana kemungkinan masih ada kawasan di wilayah ini tidak ada institusi pendidikan awal kanak-kanak. Katanya, ini termasuk di bawah […]
Rebut peluang bangun ekonomi
LIMBANG: Sarawak memerlukan sokongan generasi muda yang kreatif dan inovatif untuk melonjakkan pertumbuhan ekonomi dan membangunkan negeri. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, sokongan generasi muda untuk memacukan pertumbuhan ekonomi dan membangunkan negeri ini selaras dengan inisiatif ekonomi digital dan ekonomi hijau dperkenalkan oleh Premier Sarawak. Datuk Patinggi Tan Sri Abang […]
RECODA perlu input bina jajaran jalan
LAWAS: Sesi libat urus Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) dengan pemegang taruh di Miri semalam dharap memberi input positif kepada penduduk. Ketua Pegawai Eksekutif RECODA, Datu Ismawi Ismuni berkata, sesi perkongsian input itu penting kerana ia membolehkan RECODA menyusun jajaran jalan yang dapat memberi impak positif. Sesi libat urus bersama pemegang taruh itu adalah untuk […]
