SIMANGGANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor mengekalkan jawatan sebagai ketua cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Lingga sesi 2025-2027 pada mesyuarat perwakilan di sini, petang semalam.
Mesyuarat Perwakilan Tritahunan Parti PBB Cawangan Lingga itu berlangsung dalam suasana harmoni dan kekeluargaan menyaksikan jawatan timbalan ketua cawangan dimenangi Suhaidi Los selepas menewaskan Bakthiar Mathan dengan undian 103 berbalas 31.
Bagi jawatan Naib Ketua 1 Pesaka, Jemmy Ngindang diumum sebagai pemenang selepas menewaskan Kunjang Nanang.
Kemenangan itu diumum penyelaras mesyuarat, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Pemuda PBB, Kaunselor Kasdi Pandi.
Dalam pada itu, Abdul Rahim Jamil pula telah diberi mandat untuk menerajui Pergerakan Pemuda apabila dilantik sebagai ketua pergerakan.
Abdul Rahim, 39, dari Kampung Tengah Simanggang menang 115 undi menewaskan Awangku Hafizi Awang Azahari (77) undi.
Sementara itu, jawatan timbalan ketua pemuda menyaksikan Daniel Wharff Nanta menang tanpa bertanding.
Jawatan Ketua Wanita PBB pula, Sapiah Drahman juga menang tanpa bertanding.
Manakala, bagi jawatan timbalan ketua wanita PBB dimenangi Malita Kasi selepas memperolehi undian 73 undi menewaskan Florence Suyong.
Sementara itu, Dayang Noorazah menzahirkan terima kasih kepada ahli-ahli parti kerana memberi beliau mandat untuk menerajui cawangan tersebut pada kali ini.
Dalam pada itu, Zikry Shukri dipilih sebagai Ketua Sayap Belia PBB Cawangan Lingga yang baharu. Beliau dibantu oleh Emely Ann Dennis sebagai timbalan ketua belia.
Dayang Nur Shaheeda dilantik setiausaha, Mohamad Aqkarul Azib Azmi (ketua penerangan) dan enam orang (ahli jawatankuasa).
Majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan Cawangan Tiga Tahun Sekali Parti PBB Cawangan N.28 Lingga Sesi 2024-2027 itu dirasmikan Penolong Setiausaha Agung parti, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.
