KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Astana hari ini selepas dilantik 26 Januari lalu. Mengiringi Tun ialah isteri beliau Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi. Setibanya di Astana, Tun Dr Wan Junaidi dan isterinya disambut oleh Pegawai Pentadbiran Kanan Astana, Riziandy Nawawi dan Setiausaha Sulitnya Junih Salleh […]
Projek LBP Sarawak dijadual siap April
MIRI: Projek Lebuh Raya Pan Borneo (LBP) Sarawak dari Telok Melano ke Miri dijadualkan siap pada April 2024 dengan Pakej Kerja WP11 kini 97.45 peratus siap, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Alexander Nanta Linggi. Beliau berkata, kerja-kerja melibatkan reka bentuk semula pembinaan jajambat di Seksyen Lambir tidak akan menjejaskan keselesaan pengguna jalan raya kerana masih […]
Kerajaan Sarawak akan beri input perbaiki sistem PADU
LAWAS: Kerajaan negeri akan berusaha untuk memastikan rakyat Sarawak dapat mendaftarkan dalam Sistem Pangkalan Data Utama (PADU). Sistem PADU adalah pendekatan terbaharu Kerajaan Persekutuan dalam menyalurkan bantuan subsidi bersasar kepada golongan yang benar-benar layak. Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ini khususnya mereka di kawasan luar bandar negeri ini dan satu […]
1,827 graduan CENTEXS terima sijil berasaskan industri
KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak akan terus melatih modal insan untuk menjadi tenaga kerja mahir dalam pelbagai bidang teknologi. Beliau berkata, tenaga kerja berkompetisi dan mahir itu sangat penting bagi membangunkan sumber kekayaan yang dimiliki negeri ini menjadi sumber ekonomi. Sarawak kaya dengan sumber air, matahari, tanah, […]
Pengambilalihan tiga entiti bakal selesai tahun ini, lengkapi ekosistem ekonomi Sarawak
KUCHING: Kerajaan Sarawak dijadual mengambilalih Pelabuhan Bintulu, sebuah syarikat penerbangan dan bank komersial dalam tahun ini bagi melengkapkan ekosistem eknomi negeri. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pengambilalihan Pelabuhan Bintulu dan sebuah syarikat penerbangan daripada Kerajaan Persekutuan secara rasminya pada Jun tahun ini. Manakala rundingan mengenai pengambilalihan bank komersial terbabit […]
Tiga lagi pusat hemodialisis bakal dibina
DEBAK: Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) akan membina tiga lagi pusat hemodialisis di Spaoh, Beladin dan Kabong sebagai usaha mengurangkan kesesakan di Hospital Betong dan Pusat Hemodialisis Debak. Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, perkara itu telah diputuskan dalam mesyuarat BDDA, baru-baru ini. Menurut Uggah yang juga Pengerusi BDDA, setiap pusat hemodialisis yang […]
Sarawak bakal terima kereta hidrogen model BMW 5 Series
KUCHING: Kerajaan Sarawak akan menerima sebuah kereta hidrogen daripada syarikat pengeluar kenderaan terkemuka iaitu BMW. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata syarikat itu hendak memberikan kereta hidrogen model BMW 5 Series terbabit kepada Putrajaya tetapi di sana tidak mempunyai hidrogen. “Oleh itu, mereka akan hantarkan kereta itu ke Kuching dan memberikan kita […]
Program ‘YES’ terap budaya keusahawanan dalam kalangan belia
KAPIT: Penganjuran Youth Enterprenuer Setup (YES) oleh Kementerian Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED) merupakan usaha bagi membudayakan keusahawanan dalam kalangan belia di negeri ini. Timbalan Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Dr. Ripin Lamat berkata, keusahawanan merupakan komponan strategik dalam memacu wilayah dan negara ini menjadi maju dan berdaya saing. Katanya, […]
Projek bina bangunan pejabat JPJ Limbang baharu sudah dilulus
LIMBANG: Projek pembinaan bangunan pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Limbang baharu dijangka dapat dimulakan tahun ini. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, projek bernilai RM23 juta dibina di kawasan seluas 2.3 hektar di Bandar Baru Limbang di sini sudah diserahkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi membuat reka bentuk. “Projek telahpun diluluskan dan diharap […]
Cadangan dua ahli baharu Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63
KUCHING: Dua ahli baharu tambahan dicadangkan masing-masing mewakili Sarawak Sabah untuk menganggotai Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof berkata, ini susulan penstrukturan semula jawatankuasa itu yang akan dimuktamadkan bulan ini. Katanya, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick dari Sabah dicadangkan mewakili negeri itu. […]
