SIBU: Sarawak masih kekal sebagai antara negeri yang paling aman di Malaysia. Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata, usaha berterusan perlu dilaksanakan bagi mengekalkan situasi tersebut. Beliau berkata, ini khususnya di Sibu yang mempunyai populasi melebihi 200,000 penduduk. “Pengalaman luas yang dimiliki Ketua Polis Daerah dan Timbalan Ketua Polis Daerah yang baharu, […]
Persidangan Pemandu Pelancong ASEAN di Sibu Oktober depan
KUCHING: Kira-kira 1,000 delegasi dari seluruh Asia Tenggara akan menyertai Persidangan Pemandu Pelancong Asia Tenggara Ke-3 2026 di Kingwood Hotel, Sibu mulai 13 hingga 15 Oktober depan. Program ini dianjurkan oleh Sarawak Tourist Guides Association dengan kerjasama Malaysian Tourist Guides Council serta disokong Business Events Sarawak. Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, […]
Bomba berjaya padamkan kebakaran hutan Ladang Keresa
BINTULU: Kebakaran hutan sekunder seluas kira-kira enam ekar di Ladang Keresa di sini, berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh pasukan bomba hari ini. Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.59 pagi. Susulan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu digerakkan ke lokasi kejadian yang […]
Hanifah bantu mangsa kebakaran Kampung Senau
MUKAH: Mangsa kebakaran yang kehilangan tempat tinggal menerima sumbangan bantuan berjumlah RM10,000 di Kampung Senau, Oya, Dalat, di sini. Timbalan Menteri Kesihatan merangkap Ahli Parlimen Mukah, Dato Hanifah Hajar Taib menyalurkan bantuan tersebut kepada mangsa, Mohd Faris Abdullah selepas kediamannya musnah dalam kejadian kebakaran baru-baru ini. Sehubungan itu, Hanifah berharap sumbangan tersebut membantu memenuhi keperluan […]
Sarawak bekerjasama dengan syarikat antarabangsa bangunkan industri hidrogen
THAILAND: Sarawak semakin memperkukuh langkah ke arah ekonomi rendah karbon apabila rangka kerja Skim Perdagangan Pelepasan (ETS) negeri itu dijangka dimuktamadkan menjelang hujung tahun ini sebelum dilaksanakan sepenuhnya pada 2027. Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr Hazland Abang Hipni berkata, pembangunan skim tersebut kini dipacu menerusi kerjasama rapat dengan Bank Dunia […]
Agropelancongan pemangkin ekonomi luar bandar
KOTA SAMARAHAN: Sebuah ladang di Kampung Tanjung Tuang menjadi contoh bagaimana sektor pertanian mampu berkembang menjadi pemangkin ekonomi. Ia apabila konsep agro-pelancongan digabungkan dengan pendekatan pertanian bersepadu. Sabaki Farm dilihat berjaya mengangkat potensi kawasan luar bandar melalui gabungan aktiviti pertanian dan tarikan pelancongan, sekali gus membuka ruang pendapatan baharu kepada penduduk. Timbalan Menteri Pembangunan Luar […]
Aidilfitri eratkan hubungan pemimpin, rakyat
MATU: Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi menyantuni penduduk Kuala Matu menerusi Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Darul Iman Kampung Kuala Matu, semalam. Dalam ucapannya, beliau berkata sambutan Aidilfitri bukan sekadar ruang untuk saling bermaafan, malah sebagai platform dalam mengeratkan silaturahim serta memperkukuhkan perpaduan masyarakat. Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan […]
Kerajaan kenal pasti 14,000 hektar tanah untuk tanaman padi
SARATOK: Rakyat harus menjadikan tanah milik mereka sebagai aset jangka panjang yang mampu menjana pendapatan serta menjamin bekalan makanan. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, tanah bukan sekadar hak milik, sebaliknya aset strategik bagi kestabilan ekonomi keluarga dan keterjaminan makanan negeri. Menurutnya, dalam situasi global yang […]
Perluaskan Pasukan Sukarelawan Bomba Komuniti ke luar bandar
DARO: Cadangan penubuhan Pasukan Sukarelawan Bomba Komuniti semakin penting dalam memperkukuh kesiapsiagaan penduduk, khususnya di luar bandar yang berdepan cabaran jarak dan tempoh masa tindak balas kecemasan. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol berkata, keperluan itu menjadi lebih mendesak susulan kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah di […]
Pejabat daerah kecil, masjid baharu dalam pelan pembangunan Trusan
LAWAS: Pelan pembangunan tempatan membabitkan peruntukan sebanyak RM47 juta bagi kawasan Trusan, di sini, tahun ini. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata peruntukan ini memberi tumpuan kepada pelaksanaan infrastruktur utama, pejabat daerah kecil Trusan serta pembinaan masjid baharu. “Kemudahan komersial seperti Anjung Usahawan dan Stesen Petros juga disediakan, selain usaha menjadikan […]
