Author: Jiwa Bakti

Sarawak fokus tenaga bersih masa depan

KUCHING: Sarawak kini sedang merancang strategi jangka panjang untuk menangani cabaran bekalan tenaga susulan ketidaktentuan global, dengan fokus utama peralihan tenaga bersih dan pembangunan sumber alternatif. Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Datuk Dr Hazland Abang Hipni berkata, langkah ini dirancang lebih awal untuk selaras dengan dasar tenaga lestari yang menjadi keutamaan di peringkat […]

Pembinaan tangki air aras tinggi dalam proses lantikan kontraktor

SAMARAHAN: Pembinaan tangki air aras tinggi yang diluluskan Kerajaan Sarawak sebelum ini di kawasan Stakan dalam proses lantikan kontraktor. Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air serta Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Stakan Datuk Hamzah Brahim berkata, lokasi pembinaan juga dikenal pasti. “Saya jangka pada tahun ini proses […]

Bekalan air terkawal, Sarawak sediakan lori tangki air hadapi kemarau

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyediakan lori tangki air di seluruh negeri sebagai persiapan menghadapi gangguan bekalan air susulan musim kemarau. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata lori tangki air Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB), Sarawak Water serta syarikat yang disewa siap siaga untuk digerakkan jika keadaan memerlukan. “Ini bagi memastikan bekalan […]

Kesan kenaikan harga minyak masih terkawal di Sarawak

KUCHING: Rakyat Sarawak dinasihat tidak panik, kekal tenang dan bersikap positif menghadapi cabaran susulan kenaikan harga minyak serta ketidaktentuan global. Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzahberkata, ini kerana walaupun berlaku kenaikan harga minyak di peringkat global, kesannya di Sarawak masih sederhana dan terkawal kerana kelebihan negeri ini sebagai pengeluar […]

Bersatu hadapi kenaikan harga, bahan api

MIRI: Rakyat negeri ini perlu terus bekerjasama dan saling membantu bagi menghadapi kenaikan harga barang dan bahan api ketika ini. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, peningkatan kos ini memberi tekanan kepada ekonomi keluarga dan turut menjejaskan kesejahteraan emosi serta kehidupan seharian masyarakat. “Dalam keadaan mencabar ini, kita memerlukan semangat kerjasama […]

MEITD pastikan anak pedalaman tidak ketinggalan pendidikan

MIRI: Kerajaan Sarawak sentiasa komited memastikan pendidikan berkualiti dinikmati semua anak Sarawak termasuk di luar bandar dan pedalaman. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata ini melalui projek Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD) di sekolah kawasan itu. Katanya, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Long Lama juga salah satu sekolah […]

Mesyuarat khas tentukan bantuan rakyat susulan kenaikan harga barang

MIRI: Kerajaan Sarawak akan mengadakan mesyuarat memperhalusi bentuk bantuan untuk disalurkan kepada rakyat susulan kenaikan harga barang dan bahan api ketika ini. Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, inisiatif tersebut sedang diperhalusi di peringkat Kabinet bagi memastikan bantuan yang disalurkan benar-benar memberi impak kepada rakyat susulan tekanan kos sara hidup […]

Waspada cuaca kering, elak lakukan pembakaran terbuka

SPAOH: Penduduk dinasihat mengambil langkah berjaga-jaga sepanjang musim kemarau bagi mengelakkan kejadian kebakaran dan sebagainya. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, keadaan cuaca panas meningkatkan risiko kebakaran, khususnya di kawasan kediaman serta tanah terbuka, sekiranya langkah pencegahan tidak diberi perhatian serius. Sehubungan itu, beliau menggesa orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka […]

Kepimpinan kampung perlu terbuka terima idea rakyat

SARIBAS: Kepimpinan di peringkat kampung perlu mengamalkan sikap keterbukaan dalam menerima pandangan serta aduan penduduk. Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohammad Razi Sitam berkata pendekatan tersebut penting bagi memastikan pembangunan komuniti dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Menurutnya, kepimpinan itu bukan sahaja lebih dihormati, malah memudahkan urusan penyelarasan kebajikan rakyat di peringkat akar umbi. Beliau […]