Author: Jiwa Bakti

Projek naik taraf jalan Kampung Semalatong Baru siap

SIMUNJAN: Projek naik taraf jalan, baik pulih masjid serta kemudahan lain melalui peruntukan kerajaan siap dilaksanakan di Kampung Semalatong Baru, di sini. Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Safiee berkata, projek naik taraf Jalan Kampung Semalatong Baru itu melibatkan laluan sepanjang 0.2 kilometer dengan lebar 4.2 meter. “Saya berharap kemudahan jalan ini dapat memudahkan pergerakan penduduk […]

Semakan SKAS 2026 diperkukuh, individu layak tidak tercicir

KUCHING: Kerajaan Sarawak memberi jaminan tiada individu yang layak akan tercicir daripada menerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026, dengan syarat maklumat mereka dikemas kini melalui saluran betul. Menteri Pembangunan Wanita dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, kes keciciran yang berlaku dikenal pasti sebagai anomali dan memerlukan semakan semula di peringkat jawatankuasa SKAS […]

Pertikaian Petronas-Petros: Sarawak hormati keputusan perundangan

KUCHING: Isu perundangan berkaitan pertikaian industri petroleum di Sarawak kini beralih ke peringkat lebih tinggi apabila kes tersebut dibenarkan untuk dirujuk ke Mahkamah Persekutuan Malaysia. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri–Persekutuan), Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, kerajaan negeri menerima keputusan itu sebagai sebahagian daripada proses perundangan yang perlu dihormati. […]

SCALE Sarawak Cohort 3 mula dibuka

KUCHING: Susulan kejayaan menganjurkan program ekosistem pembangunan usahawan selama dua tahun, Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) dan Endeavor Malaysia hari ini mengumumkan permohonan untuk SCALE Sarawak Cohort 3. Program bagi edisi tahun 2026 itu akan meneruskan matlamatnya meningkatkan perniagaan anak-anak Sarawak melalui perkongsian mentorship, bengkel praktikal dan rantaian strategik. Cohort akan datang mendapat sokongan […]

Padang Futsal Kampung Sungai Bilis dinaik taraf

SADONG JAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) meluluskan peruntukan sebanyak RM175,000 bagi menaik taraf projek Padang Futsal Kampung Sungai Bilis di sini. Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Safiee berkata, Mailis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) sebagai agensi pelaksana sedang menguruskan skop naik taraf termasuk pagar, permukaan padang serta parit projek terbabit yang permohonannya dikemukakan Ketua Kampung […]

Pemimpin GPS berjaya letakkan Sarawak negeri berpendapatan tinggi

PULAU BRUIT: Keupayaan kerajaan negeri menyalurkan pelbagai bantuan adalah hasilpentadbiran Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang diterajui pemimpin-pemimpin bertanggungjawab. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol berkata, kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang fokus memajukan negeri dalam pelbagai aspek. Hasilnya, beliau […]

Persembahan Great British Circus mulai 20 Mac-26 April depan

KUCHING: Persembahan Great British Circus akan kembali ke Sarawak tahun ini dengan produksi baharu yang menawarkan hiburan bertaraf antarabangsa kepada penonton. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, jelajah tersebut dijadual berlangsung dari 20 Mac hingga 26 April di Dataran Perayaan, Petra Jaya, di sini sebelum bergerak […]

AirBorneo kendali tiga laluan antarabangsa hujung 2026

KUCHING: Syarikat penerbangan AirBorneo menyasarkan mengendalikan sebanyak enam laluan penerbangan menjelang penghujung 2026. Ketua Pegawai Eksekutif AirBorneo, Megat Ardian Wira Mohd Aminuddin berkata ini melalui operasi penerbangan serantau untuk hab jet di sini manakala Kota Kinabalu dan Miri akan terus berfungsi sebagai hab turboprop. “Menjelang akhir 2026, kita mungkin akan menyaksikan kira-kira tiga destinasi domestik […]

Penguatkuasaan keselamatan pengangkutan sungai diperhebat

SIBU: Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) akan menggerakkan 115 anggota bersama 15 bot bagi memperhebatkan penguatkuasaan keselamatan pengangkutan sungai sempena Aidilfitri dan cuti sekolah penggal pertama. Pengerusi LSS, Dr Safiee Ahmad berkata, langkah tersebut diambil berikutan jangkaan peningkatan penggunaan ketika cuti sekolah berbanding hari biasa. “Ramai penduduk dijangka pulang ke kampung halaman dan menggunakan pengangkutan sungai, […]

Rakyat perlu manfaatkan peluang penyukatan tanah

LAWAS: Penduduk di luar bandar khasnya di daerah ini harus memanfaatkan tanah di kawasan berkenaan bagi kegiatan pertanian dan pengeluaran makanan. Langkah itu mampu meningkatkan ekonomi keluarga. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, penduduk harus merebut peluang dengan mengusahakan tanah secara produktif. “Tanah di kawasan ini sangat subur dan mempunyai potensi […]